Periksa Kereta Sebelum Perjalanan Jauh| Pemanduan Selamat Hingga Destinasi

by - 9/28/2018 08:00:00 AM



Assalamualaikum

Keselamatan amat dititikberatkan terutamanya melibatkan pemanduan. Ia bukan sahaja meliputi semasa memandu, malah sebelum memandu juga. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu sebelum balik kampung,  abah Marsha akan ke pusat servis kereta untuk servis kereta dan memastikan kereta tiada masalah semasa perjalanan balik kampung nanti. Sebab perjalanan dari Kelantan ke Pahang memang bukan jarak yang dekat. Jadi rutin servis setiap kali balik kampung memang abah akan buat. Apa kebaikan servis kereta sebelum perjalanan jauh? Meh baca sampai habis


Periksa Kereta Sebelum Perjalanan Jauh Pemanduan Selamat Hingga Destinasi




Sebagai pemilik kenderaan, kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kenderaan kita dengan baik untuk keselamatan diri sendiri dan juga keluarga. Pemeriksaan sebelum travel sangat penting. Ini kerana kegagalan atau kerosakan simple pun boleh menyebabkan kemalangan. Kalau korang nak tau 44,000 kes kemalangan berlaku adalah akibat dari kecuaian pemandu yang tidak servis kereta atau motosikal. Banyak tu.

Bagaimana nak kekalkan keselamatan semasa memandu?

Cara nak 'maintain' kenderaan kita simple sahaja. Bagi Marsha tak susah pun. Antaranya ialah:

Servis Kenderaan

Servis kereta atau motosikal ni sangat penting. Tak perlu tiap bulan atau minggu. Hanya ikut 'mileage' perjalanan ataupun tarikh yang ditetapkan. Biasanya kereta di bawah 5 tahun memang akan pergi servis mengikut jadual yang ditetapkan dari mula membeli kereta. Bila sampai tarikh je dorang akan call untuk reminder. Bila dah lebih dari 5 tahun korang perlu alert ikut tarikh. Jadi bila kita servis ikut jadual, kereta atau motosikal akan tahan lama. Dalam masa yang sama pemeriksaan tayar juga penting. Pastikan tayar dalam keadaan baik seperti masih ada 'bunga' untuk mengelakkan kemalangan berlaku tika hari hujan. 



Jangan lupa periksa tayar sebelum travel

Selain dari mengelakkan risiko kemalangan, kecederaan dan sebagainya, ia juga membantu mengekalkan No Claim Discount (NCD) insurans/takaful motor di mana kita boleh menikmati diskaun sehingga 55%. Bukan tu saja, dengan liberalisasi motor insurans/takaful, pemegang polisi yang tidak membuat claim untuk kemalangan juga diklasifikasikan sebagai rendah risiko jadi premium/sumbangan takaful bakal lebih rendah.


Jadi janganlah bersikap sambil lewa dan malas nak servis kereta ya!! Mainkan peranan penting kita sebagai pemandu dan juga pemilik kenderaan yang bertanggungjawab. Satu langkah kecil akan menyelamatkan banyak nyawa dan duit.


Nak tahu bagaimana anda boleh menikmati lebih penjimatan untuk premium/sumbangan motor insurans/ takaful anda? Ha…layari sesawang ni

PIAM


atau


Malaysian Takaful




#PlayYourRoleMy

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

You May Also Like

25 sahabat ibu

  1. bab kereta, tak risau sangat sbb suami mmg jaga kereta macam jaga bini juga.., hehe

    ReplyDelete
  2. ckp psl service ni...
    nieyl pun x pergi service kereta lagi ni...

    ReplyDelete
  3. Ana bab kereta lagi2 nak jalan jauh memang akan betul2 check. Tak boleh sambil lewa. Boleh datangkan bahaya.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian Marsha

    ReplyDelete
  5. Kalau tanya auni pasal kereta, semua blur.

    ReplyDelete
  6. wajib jaga.
    aida kalu nak berjalan jauh, sure da remind asben utk cek semua.
    kita dgn anak-anak. if apa2 berlaku dek krn tak cek awal2, susah nanti.
    lelebih kalau jalan di kawasan yg sukar dpt pertolongan, kan :)
    so, cegah la sebelum terjadi apa2 yg tak diingini.

    ReplyDelete
  7. Memang kena check betul-betul sebelum jalan perjauhan..Jaga keselamatan diri, keluarga dan juga orang lain..

    ReplyDelete
  8. Bab kereta ni kita orang perempuan selalu lepaskan pada orang lelaki, x kira la suami ke, kawan- kawan ke..tapi sebenarnya memang bagus kalau wanita ambil tahu bab kereta..at least kalau berlaku apa2 takde lah panik kan..

    ReplyDelete
  9. it's truly important to check our cars before start journey.. to ensure the safety for the whole journey!

    ReplyDelete
  10. Bagus tips macam ni orang perempuan sekarang kena tahu semua ni kalau nak guna kereta dan jalan jauh penting sebab selalu orang perempuan abaikan pemeriksaan awal macam ni..

    ReplyDelete
  11. Aha yg ni mmg betul, qeela pon before pergi berjalan especially berjalan jauh tu, mmg wajib check kereta dulu dari segala segi, servis dulu and all tu kan. kena lebih berjaga2.

    ReplyDelete
  12. nk g cameron next month,so bila baca artikel ni mmg bg reminder betul.mmg kena cek kereta seblmberjalan jauh.

    ReplyDelete
  13. Betul Tu. Kita kena alert untuk kereta lebih 5 tahun. Kena ikut tarikh kalau nak kenderaan tahan lama. Terima kasih atas perkongsian ni.

    ReplyDelete
  14. suaMi kinah pun kalau nak jalan jauh memang kereta tu kena hantar servis. Baru tak baru kalau nak rosak bukannya kita jangka kan kak marsha. Apa pun bila dijalan raya kena patuhi undang-undang jangan nak ikut kepala sendiri je. Kami banyak kali nyaris nak eksiden disebabkan sikap pemandu yang tak mematuhi undang-undang. Pandu cermat jiwa selamat

    ReplyDelete
  15. Kereta tu dh jadi macam anak nak kena jaga rapi. Bukan setakat bayar monthly, kena penjagaan seperti servis. Kadang2 kena ambik tau juga kerosakkn lain.

    ReplyDelete
  16. Betul tu kak Marsha. Nak travel jauh guna kereta, mmg wajib servis dulu. Takut apa2 berlaku kt jalan nanti. Susah. Wahhh nmpk convenient betul yer utk ada produk tu dlm kereta. Mudah utk dipakai

    ReplyDelete
  17. yes selalu kami akan periksa kereta dahulu sebelum buat perjalanan yang jauh... bagus juga kena pastikan tayar okay, air dah cukup ke belum sangat perlu di cek sebab ianya mampu mencegah kemalangan dengan izin dari Nya...

    ReplyDelete
  18. Memang pun..kalau nak jalan jauh memang kena check keta betoi2. Sis nasib baiklah ada cousin yg banyak tolong sis..kalau harapkan sis memang tak le

    ReplyDelete
  19. Liez bab kereta memang takut sangat klau rosak tengah jalan. Tambah-tambah klau liez bertiga dengan anak-anak je. Even perjalanan dekat pun risau ini kan pula klau perjalanan jauh..

    ReplyDelete
  20. Haaa kita gagal plak bab kereta ni , huhu suami yang uruskan alamak kena amik cakna jugak lah :'(

    ReplyDelete
  21. Betul tu, sebelum pergi jalan jauh better cek eknderaan dulu, sebelum apa-apa terjadi..takaful pun penting..kena ada..

    ReplyDelete
  22. Bila kita perlu berjalan jauh untuk pulang ke kampung, memang kena berjaga jaga dari segi keadaan kenderaan. Alhamdulillah suami jenis alert bab penjagaan ni. Cukup masa tukar atau servis apa yang patut.

    ReplyDelete
  23. Bab kereta ni memang susah nak faham sikit tapi macamana pun kena juga ambil tahu juga kan tiadalah blur sangat nanti

    ReplyDelete
  24. Bab kereta sy tak tahu sgt semuanya my brother yg urus hehe. Saya jadi penumpang je

    ReplyDelete
  25. Part kereta ni memang kena selalu berhati-hati dam berjaga-jaga especially untuk perjalanan jauh. Lagi satu kena standby no energency. Nice sharing

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)