Dim Sum HALAL Viral di Canning Dim Sum Canning Garden Ipoh

by - 7/22/2019 03:43:00 PM

Assalamualaikum


Dim sum adalah makanan tradisi masyarakat cina yang tidak asing lagi diperkatakan sekarang. Bukan sahaja dalam masyarakat cina sahaja malah semua kaum di Malaysia suka menikmatinya . Dim Sum ni dah jadi makanan yang viral tau lately. Dekat Ipoh ni tak banyak restoran yang menyediakan dim sum yang HALAL. Bila Marsha tau ada dim sum HALAL di Ipoh, Marsha terus ajak suami pergi mencuba dim sum halal di salah satu restoran yang viral di Ipoh ni iaitu Canning Dim Sum. Jadi kami decide kesana pada hari Ahad waktu lunch sebab waktu lunch la boleh makan banyak sikit kan...hihi. Korang nak tau apa yang menarik dekat Canning Dim Sum? Stay tune | Dim Sum HALAL Viral di Canning Dim Sum Canning Garden Ipoh

Sejarah Dim Sum

Sebelum Marsha teruskan share tentang Canning Dim Sum ni, Marsha nak share sikit info tentang dim sum. Dim sum merupakan makanan tradisional China yang tidak asing lagi malah telah menjadi viral bukan sahaja dikalangan masyarakat cina malah semua kaum di Malaysia. Makanan ini bermula sejak zaman Dinasti Han (206 SM – 220), iaitu dah ribuan tahun. Dimsum ada 2 jenis iaitu dimsum goreng dan kukus. Untuk yang kukus biasanya disajikan dalam pengukus , dengan tujuan sentiasa panas untuk dimakan.

Dim sum merupakan istilah dari Bahasa Kantonis yang bermaksud 'makanan kecil', sedangkan dalam Bahasa Mandarin disebut Dianxin yang secara harafiah berarti 'sedikit dari hati' atau 'menyentuh hatimu'. Sesuai dengan 'portion' yang kecil ,hanya sekitar tiga hingga empat buah dalam satu piring atau pengukus.

Biasanya Dim sum dijadikan sebagai minum petang ekoran portion yang kecil. Jadi memang sesuai sambil minum kopi atau teh.

Canning Dim Sum di Canning Garden, Ipoh

Canning Dim Sum adalah restoran yang menyajikan makanan tradisi masyarakat cina dan lebih memfokuskan kepada Dim Sum adalah makanan tradisi masyarakat cina. Ada juga menu makanan yang lain dan kebanyakannya ialah makanan tradisi masyarakat cina. Uniknya di bahagian dapur mereka hanya wanita yang bekerja kerana mereka percaya dan kagum dengan kekuatan seorang wanita.



Mula beroperasi pada 15 Jun 2018 dengan pembukaan yang biasa-biasa, tetapi lebih mengejutkan pemilik, Mr YC Nang dan isteri beliau Mrs. Ceylyn tidak menyangka sambutan yang diterima sangat luar biasa. Ini menguatkan lagi hasrat untuk memohon sijil Halal Jakim. Maka bermulalah episod R&D untuk mendapatkan keaslian rasa dengan bahan-bahan yang HALAL.


Akhirnya 1 Mei 2019, Canning Dim Sum berjaya mendapatkan status HALAL dan sekaligus sambutan terhadap Canning Dim Sum lebih meriah. Setiap hari kalau mula restoran dibuka hinggalah tamat waktu operasi pelanggan bersilih ganti tanpa henti. Memang meriah sangat suasana Canning Dim Sum. Pelbagai kaum keluar masuk untuk menikmati dim sum halal yang sedap. Ia adalah salah satu Canning Garden Ipoh Food yang popular.

Sumber: Page Canning Dim Sum

Ahad Marsha sampai ke Restoran Canning Dim Sum ni tepat jam 1 petang dan disambut mesra oleh Asst Supervisor, Christina. Jadi Christina yang banyak melayan kitorang dan juga memberi info-info serta cadangkan menu yang all time favorite di Canning Dim Sum ini.


Menu Menarik di Canning Dim Sum

Haa....ni part paling best. Marsha pasti korang pun tertunggu-tunggu apa menu yang best dekat Canning Dim Sum ni. Marsha pun tak sabar nak kongsikan menu-menu yang ada di Canning Dim Sum ni. Tentunya main menu ialah Dim Sum. Bermacam dim sum yang berasaskan makanan laut dan ayam. Juga ada dim sum yang 'rare' yang tak ada di restoran dim sum yang lain.







Yang Marsha share tadi adalah dim sum yang biasa kita makan dekat restoran dim sum yang lain.  Biasanya lepas duduk dimeja, pelayan akan menghantar set dim sum ni. Kita hanya order air dan juga menu tambahan yang lain.

Air yang paling recommended dan menjadi all time favorite kat sini ialah Kopi Ais atau dikenali sebagai Ipoh White Coffee yang memang dibrew segar di sana. Tapi bagi Marsha yang tak minum kopi Christina suggestkan Ice Lemon Tea. Fuh segar rasa!! Bukan itu sahaja tau, dekat Canning Dim Sum ni ada menu yang 'rare' juga. Nak tau apa dia?Kat sini korang boleh menikmati signature dishes 'rare' mereka iaitu Red Pepper Prawn Dumpling, Shanghai Chicken Broth Dumpling, Sea Cucumber Caviar Mai & Abalone Caviar Sew Mai. Rasa dia? Memang confirm sedap. Serius!!

Dengan harga yang berbaloi dengan kualiti. Tidak mencekik darah harganya ditambah pula dengan portion yang memang buat Marsha puas hati. Satu lagi layanan dorang pun membuatkan Marsha rasa selesa nak makan kat sini.




Selepas pelayan datang bawak set dim sum yang basic, kemudian pelayan akan datang kembali  bawa jenis makanan yang kita perlu pilih ikut kemahuan kita. Marsha pilih fried radish cake atas suggestion Christina. Selain Dim Sum, ada juga menu makanan tradisi masyarakat cina yang lain dihidang kat sini iaitu Chee Cheong Fun (ayam, udang, veggie), Bubur Ayam Herba (Century Egg Chicken Congee) , dan banyak lagi. Korang boleh je pilih yang mana menjadi pilihan korang.



Tak lupa juga satu lagi menu yang 'rare' kat sini ialah Pau. Eh rare ke? Haa memang rare sebab yang ni adalah Lava Pau yerr....sedap sangat. Intinya yang meleleh seakan lava dan sedap. Mempunyai 5 perisa iaitu Salted Egg, Peanut, Chocolate, Black Sesame & Lotus Paste. Semua sedap!! Satu set ni hanya RM13.50 atau boleh ala carte dengan harga RM2.80 sebiji.



Nak tahu mengapa ia dikenali sebagai Lava Pau?? Meh layan full video Marsha di Canning Dim Sum dibawah 👇



Korang tengoklah ramai kan pelanggan yang suka makan kat Canning Dim Sum ni? Harus cuba korang!!


Kemudahan di Canning Dim Sum

Ada pelbagai kemudahan di Canning Dim Sum ni . Jadi kalau nak lepak-lepak memang tak risau sangat. Canning Dim Sum mempunyai banyak meja dan juga kawasan yang selesa untuk pelanggan menjamu selera.



Juga disediakan tandas dan juga sinki untuk kemudaan pelanggan. Jadi yang bawa anak-anak kecil pun selesa.


Kalau korang memerlukan air panas pula, ada kemudahan untuk air panas.






Sebelum pulang, Marsha sempat mengabadikan kenangan bergambar dengan Mr Yang dan juga Christina. Cuma Mrs Ceylyn je tak sempat jumpa. Anytime boleh datang makan kat sini. Bintang 10 star!!!! Servis hospitality dorang memang terbaik!!


Maklumat Lanjut

Jadi korang nak mencuba kepuasan makan dim sum ni boleh la ke Canning Dim Sum untuk cuba menu-menu signature yang rare dan sedap ni. Boleh rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui promosi terbaru dan lain-lain.

Alamat:

No.1, Lebuh Cecil Rae , Taman Canning
31400 Ipoh, Perak
(Bersebelahan Restoran Hollywood)

 016-268 0535 @ 05-541-5556

Facebook Page:
canningdimsumipoh

Instagram:

Waktu Operasi:

Khamis - Selasa
( 7 pagi - 2.30 petang)

Rabu Cuti

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

31 sahabat ibu

  1. lama dh teringin nk mkn sini.. dulu duduk Ipoh pun tak sempat makan

    ReplyDelete
  2. haishh lapar la pulak tgk dimsum niii

    ReplyDelete
  3. Marsha kejam laaaa...sedapnya dim sum!!fav akak ni tau...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya Dim Sum nie.. Kak Sue belum pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
  5. These dimsums looks so mouthwatering. Haven't heard of this outlet though

    ReplyDelete
  6. alaa..dapnya..saya suka gak chinese food cam ni, marsya..boleh ajak mr hubby singgah time balik ke Ipoh ni...

    ReplyDelete
  7. Tak pernah makan tapi teringin juga nanti nak cuba rasa

    ReplyDelete
  8. bukan senang nk dpt dimsun halal kan?

    ReplyDelete
  9. Sedapnya dimsum. Nanti turun ipoh boleh cuba dimsum dekat sini pulak.

    ReplyDelete
  10. uih sedap ke marsha? x pernah mkn lagi menu ni.

    ReplyDelete
  11. Sangat menarik bila kita dapat makan dim sum di restoran yang Halal. Apa yang penting dalam pemilihan makanan bukan hanya halallan toiyiban tapi juga kita memerlukan barakah dari makanan itu. Nice review kak Nor :)

    ReplyDelete
  12. My colleagues pernak makan kat situ, they said is good. Nanti sis pun nak cuba.

    ReplyDelete
  13. sedapnya...tak pernah makan dimsum ni dan teringin sangat nak rasa, Boleh la ari dimsum ni nanti kalau ke sana. mengoda sungguh tengok..

    ReplyDelete
  14. Sebagai Muslim memang menjadi tanggungjawab mencari yang halalan toyyiban di dalam maKANAN. Kerna ia akan menjadi darah daging kita kelak. Alhamduillah HALAL ada. :)

    ReplyDelete
  15. bagusnya dah ada dimsum halal di Ipoh..nampak menarik hidangan semua makanan.
    Lava pau tu memang rare lah..melimpah ruah.

    ReplyDelete
  16. sedapnya dim sum. BBL pun suka makan dimsum lagi-lagi waktu panas baru lepas masak. fuh tak sedar dah penuh bakul asyik order. baru tahu sejarah dim sum macam tu. menarik jugak ye

    ReplyDelete
  17. Sedapnye Dim sum ni salah satu makanan kegemaran juga kalau pergi Ipoh boleh singgah makan Dim sum dekat sini

    ReplyDelete
  18. menrik juga bila dikongsikan tentang sejarah dimsum ni. saya dan famili memang sangat meminati dimsum. kiranya kalau makan memang tak berhenti ...terutama yang jenis isinya udang dan ayam...mmg sedap

    ReplyDelete
  19. awakkkkkkkkk.. sedap nya dim sum tu semua !! dia tak de branch kat KL ke ? huu~

    ReplyDelete
  20. Restoran ni memang favorite kita dari sekolah. Kalau kawan2 datang pun memang bawak g sini! Hehe

    ReplyDelete
  21. Dim Sum Halal nak tapi kenapa jauh sangat kat Ipoh hehehe kalau kat KL kita dah serbu memang suka makan Dim Dum terutama yang pau tu menarik dan memang kegemaran kita bila makan Dim Sum ni hehehehe...

    ReplyDelete
  22. makanan dimsum semakin mendapat tempat di hati masyarakat kita ya. memang tidak dapat dinafikan dim sum sangat sedap rasanya dan pelbagai jenis. baguslah skrg sudah makin banyak yg menjual dim sum halal.

    ReplyDelete
  23. TQ sharing tempat makan best mcm ni.

    Info dan sharing yg bermanfaat, terutama kpd yg mencari cari restoran yg sajikan dim sum Halal.

    So, org Ipoh dan kwsan berdekatan, boleh la try ke sini kalau nak makan dim sum

    ReplyDelete
  24. Kita teringin nak makan dim sum. Tengok orang selalu review je.
    Nampak menyelerakkan sngt.
    Macam nak kena try juga sayu hari nanti.

    ReplyDelete
  25. Banyaknya pilihan dimsum!!! Geram pula tengok. Dan pau tu Ya Allah, harga sangat murah dengan inti yang melimpah. One day kena pergi lah sini nak rasa pau dan dim sum dia.

    ReplyDelete
  26. Senangny Ada dimsum halal... Kalau x payah benor nk cari yg halal

    ReplyDelete
  27. Sepanjang hidup belum pernah lagi makan dimsum di kedai yang betul2 jual dimsum. Nak trylah mesti lg sedap. Tengok pun dh mengiurkan. hehehe

    ReplyDelete
  28. So cool! The history of dimsum! I now only know about it through ur post! Thanks for sharing

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)