I Can See Your Voice KEMBALI Musim Ke-2 - Gabungan Mantap Syuk & Sean Lee

by - 7/04/2019 10:14:00 AM

Assalamualaikum


I Can See Your Voice KEMBALI Musim Ke-2 - Gabungan Mantap Syuk & Sean Lee | Sape suka tengok rancangan I Can See Your Voice? Meh high 5 ✋. I Can See Your Voice ini adalah salah satu program realiti hiburan kegemaran Marsha sekeluarga. Dengan 'penyiasat tetap' yang kekal dari musim pertama iaitu Jihan, Mark Adam & Sealan Paul memang menggamatkan rancangan tersebut. I Can See Your Voice ni adalah rancangan realiti korea dalam versi Malaysia yang berjaya mendapat sambutan hangat dan kini trending di laman sosial terutamanya YOUTUBE.

I Can See Your Voice Musim Ke-2 ni menampilkan muka baharu sebagai pengacara iaitu Sean Lee. Sebenarnya bila umur dah meningkat ni kan Marsha memang tak kenal sangat artis-artis baru. Sungguh sebab tak folllow sangat dunia artis. Ampunilah hamba...hahaha. Jadi Marsha memang buka seseorang yang suka follow cerita artis ke, gossip artis ke. Yang naik trending kat fb atau IG ataupun kawan cerita baru tahu.

Sebenarnya tak banyak realiti TV yang Marsha suka tengok. Disebabkan dalam I Can See Your Voice ni banyak yang menarik hati Marsha memang Marsha follow setiap minggu lah...hahaha. Seronok juga bila dengar-dengar pendapat pendapat lepas tu salah pilih then menyesal. Memang ada sesi lawak dalam setiap episod.

Setakat ni baru sampai episod ke-2. Episod pertama artis jemputan ialah Hael Husaini. Memang kelakar betul dengan Mark Adam dengan yakin kata yang finalist tu memang boleh nyanyi dan kalau tak boleh nyanyi dia akan bogel. Lepas tu bila tau finalist tu penyamar Mak Adam dah awal-awal pecut lari tinggalkan set penggambaran. Sakit perut Marsha gelak.


Episod ke-2 pula artis jemputan ialah Khai Bahar. Pada episod ni yang menariknya semua peserta ialah lelaki dalam lingkungan 25 tahun kebawah. Memang semua BBNU ha....memang Khai Bahar juga ada tersalah pilih tapi akhirnya finalist yang dipilih memang boleh nyanyi. Sedap betul suaranya!! Nampak humble je.




Episod ke-3? Haaa...ni tak sabar nak tunggu siapa artis jemputan dan siapa yang bakal menang. Episod pertama penyamar yang menang. Episod ke-2 penyanyi sebenar yang menang. Jom lah sama-sama layan I Can See Your Voice Musim Ke-2 ni pada setiap Ahad jam 9 malam di TV3.




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

28 sahabat ibu

  1. Banyak juga siaran nyanyi2 ni. Kalau dah berminat kena teruskan minat menyanyi ni kan. Selalunya album 1 on, album seterusnya terus berkubur. Maybe kalau kat malaysia penyanyi kena datang dengan pakej muka yang handsome dan lawa baru boleh bertahan.

    ReplyDelete
  2. I haven't watched this before. Looks interesting

    ReplyDelete
  3. Mama jarang lihat "I can see your voice musim ke 2" ni.Bukan sebab xminat tetapi kekadang sibuk dengan ank2..tetapi sekali mama tonton tv,mama pasti tergelak sakan dengan telatah peserta dan para komen...suka sangat....

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak menonton rancangan hiburan nyanyian seperti ini. Ok sangat kan pengadilan dalam pertandingan nyanyian ni sebab betul2 memilih suara dan bukan rupa. Tak sabar nak tonton

    ReplyDelete
  5. Owh. Dah ada season 2. Suka jugak program ni. Haha.. Bab meneka tu tak tahan

    ReplyDelete
  6. Ana tengok ep Hael Husaini tu. Haha pekak ton akhirnya yg dipilih

    ReplyDelete
  7. Musim pertama dulu pun tak tengok.sedar2 dah masuk musim kedua.. Hehhe.. Ok la..nanti nak tengok .

    ReplyDelete
  8. I lama tak tengok show macam ni. Tapi menarik jugak kalau follow. Nanti I tengok juga...thanks for reviewing.

    ReplyDelete
  9. selalu jugak saya tengok rancangan ni masa dkt rumah mak ngn abah. tapi bukan yang malaysia punya, yang korea. pendapat saya , versi korea lebih menarik berbanding malaysia :)

    ReplyDelete
  10. Amboi semenjak viral I can See Your Vioce musim kedua kerana ada peserta yang jambu-jambu dan hensem-hensem hehehe ramai orang update. Tapi kita suka kalau mereka salah teka memang best hehehehe...

    ReplyDelete
  11. Macam menarik nie boleh lah Kak Sue tengok nanti..

    ReplyDelete
  12. suka tengok icsyv ... saya tengok daripada musim 1 lagi.. versi negara lain pon saya tengok.. yg paling best versi negara korea

    ReplyDelete
  13. Serious baru tahu ada rancangan nyanyi2 seperti ini. Sy kurang minat mengikuti nyanyi2 nie. Tambah2 ianya sebuah pertandingan mencungkik bakat baru. Nanti ada waktu terluang nk cuba tgok

    ReplyDelete
  14. Haritu tgk masa hael husaini.. Mula tak paham.. Lama2 paham dh.. Kesianla yg pandai nyanyi kalau tak terpilih.. Huhuhu..

    ReplyDelete
  15. Kita teringin nak tengok. Tapi kadang elok dok layan tv, suami tekan channel lain. Tu x layan dari mula

    ReplyDelete
  16. saya pon suka tengok rancangan ni

    ReplyDelete
  17. ada nampak iklan, tp belum berkesempatan nengoknya

    ReplyDelete
  18. memang tak pernah miss rancangan ni.. best..

    ReplyDelete
  19. Wah rancangan apa dah masuk musim ke 2 ni. Musim first pun saya x pernah dgr maybe sbb kat rumah mmg jarang tgk TV kot huhu

    ReplyDelete
  20. TB sukaaa.. huhu.. baru tengok yang musim terbaru.. episod 1 dan 2.. lawakk.. hahaha

    ReplyDelete
  21. Kta tak dan layan. Nanti nak tengok kat youtube la bila free. Tengok iklan best je rancangan ni.

    ReplyDelete
  22. ciktom dah tengok smua tiga episod utk season ni..okay la not bad utk permulaan...ciktom paling suka tgk ICSYV yang korea punya..

    ReplyDelete
  23. Menarik lah artikel ni! Jom baca tentang Promosi Pakej Umrah yang sangat murah dan Car Rental in Alor Setar yang semakin femes hari demi hari juga Kereta Sewa Kota Kinabalu 2020 , Kereta Sewa KL dan Kereta Sewa Langkawi

    ReplyDelete
  24. Tak tinggal lagi la rancangan ni... Dok gelak ja bila tgk.. .
    Sanggup tggu smpai pukul 10.. Selalunya 9 lbh xtgk tv dah. .

    ReplyDelete
  25. Saya nak tengok ni sebab ada syuk dengan mark adam.

    ReplyDelete
  26. klakar rancangan ni..gelak sakan juga kadang2 tu. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)