Tips Persiapan Umrah Kali Pertama

by - 1/24/2020 11:07:00 AM

Assalamualaikum


Dah lama nak share tentang persiapan pertama kali mengerjakan umrah. Tetapi masa sangat mencemburui tatkala anak-anak yang sedang membesar. Bila ibu buka laptop je ada yang nak bergantung di kerusi dan ada yang nak tolong menaip...hihi. Terpaksalah ibu ini menutup kembali laptop kasi line kat anak-anak.

Di Madinah

Akhirnya tibalah masa sesuai Marsha nak share dengan korang persiapan Marsha dan suami semasa hendak mengerjakan umrah pertama kali pada 06 Nov 2019 - 17 Nov 2019 lepas. Tipulah kalau kata Marsha masa tu dah bersedia mental dan fizikal. Bila dengar bermacam 'cerita' jadi hati ini tetap rasa bimbang. Normal bagi yang pertama kali dalam hidup macam Marsha dan encik suami. Lagi satu Marsha rasa seperti bermimpi. Bila ditampar sekuat hati eh memang nyata ni. Naya betul siap tampar pipi sendiri...hahaha.

Ziarah ke Masjid Quba


Setelah usai bayaran pakej dalam sebulan sebelum bertolak, Marsha dan suami mula membuat persiapan sedikit sedikit. Orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. Oh ya, kali pertama ni kami memang guna khidmat travel mengikut pakej. Sebab niat nak kesana kembali DIY pula insyaALLAH. Apa yang kami sediakan untuk persiapan umrah? Meh baca perkongsian Marsha | Tips Persiapan Umrah Kali Pertama


Tips Persiapan Umrah Kali Pertama


Setelah usai segala bayaran pakej, kami mula membuat persiapan. Paling penting ialah dokumen perjalanan seperti passport, visa serta suntikan yang Arab Saudi wajibkan iaitu suntikan meningcocal. 

Passport

Kalau yang belum ada kena pergi buat passport. Harga terkini untuk buat passport RM200 (Dewasa), RM100 (Kanak-kanak). Keduanya valid selama 5 tahun. Kalau nak cepat siap buat dekat UTC. Sejam dah siap.


Suntikan Meningcocal

Suntikan meningokokus atau meningcocal ini WAJIB ye kawan-kawan. Kalau nak suntikan 3 serangkai pun boleh. Lagi recommended. Marsha just amik yang wajib je. Kat Ipoh ni Marsha amik suntikan di Poliklinik Maxwell di Medan Istana dekat Shaklee Ipoh Branch. Harga masa tu satu suntikan RM130. Itu antara harga suntikan yang agak murah. Biasa standard RM150 keatas. Jadi kalau kawan-kawan yang berada di Ipoh boleh cuba Poliklinik Maxwell ni. Doktor pun friendly.



Visa

Masa pergi aritu Marsha dan suami buat visa umrah. Kebetulan masa nak pergi tu Arab Saudi baru buka Visa Pelancong dan dalam masa yang sama naikkan harga visa umrah. Jadi kami terpaksa add on bayaran tambahan RM400/head. Ada kelebihan yang kekurangan kedua visa ini. Nanti Marsha share dalam next post ya!

Untuk visa umrah, ada beberapa dokumen penting yang diperlukan seperti passport, buku suntikan, salinan sijil nikah dan gambar passport 4 x 6 (4 keping) . Salinan sijil nikah kena sahkan di pejabat agama tau! Mesti kena ada cop pejabat agama.

Kursus Umrah

Kursus umrah sangat penting untuk persediaan kita semasa di Tanah Haram. Kalau boleh korang pergilah at least sekali pun ok. Kalau lebih lagi bagus.

Tukaran Wang

Sebelum bertolak jangan lupa tukar nilai matawang ke riyal. Kalau nak tukar kat airport atau bila sampai di Tanah Haram pun boleh tetapi jadi mahal. Jadi better tukar siap-siap kat Malaysia ikut bajet korang.


Mohon Cuti Umrah

Buat yang kerja gomen macam Marsha, kalau korang pergi time bukan cuti sekolah ( cikgu ) ataupun kakitangan gomen lain time waktu bekerja memang better apply cuti umrah. Jadi kena apply 2 bulan lebih awal sekali dengan permohonan ke luar negara.

Insuran

Walaupun travel agen dah sediakan insuran berkelompok, Marsha nasihatkan korang amik insuran sendiri juga. Marsha dan suami amik insuran dari Etiqa Takaful. Kitorang amik yang platinum punya jika ada apa-apa yang tak diingini berlaku anak-anak ada fund untuk dorang. Hanya dalam RM170+.

Barang Keperluan Asas

Usai sediakan dokumen penting, atau lebih tepat lagi visa umrah telah diluluskan tiba masanya untuk membuat persiapan barang keperluan harian semasa berada disana nanti. Barang apa yang perlu dibawa? Meh kita tengok

Jemaah Lelaki


Sebenarnya barang keperluan lebih kurang sama sahaja cuma ada beberapa yang berbeza. Jadi Marsha bezakan sikit supaya lebih jelas. Jadi barang keperluan untuk jemaah lelaki ialah:

1. Kain Ihram - 4 helai 
2. Inner T-Shirt - 4 helai
3. Kurta - 4 helai
4. Seluar Panjang - 4 helai
5. Seluar Dalam Pakai Buang (Cotton) - 1 paket
6. Kopiah
7. Selipar 
8. Beg Kasut & Sling Bag - ( Dibekalkan oleh travel agen)
9. Kasut Tawaf ( Suami pakai masa tawaf & saie sunat sahaja sebab lantai di tempat tawaf dan saie memang sejuk. Masa dalam ihram tak boleh pakai)
10. Botol Spray - ambil wuduk
11. Buku Panduan Mengerjakan Umrah & Buku doa
12. Jaket / Sweater
13. Kain sarung
14. Kain sarung tak berjahit
15. Tuala kecil
16. Stokin tidur
17. Pencukur atau gunting atau keduanya (untuk tahalul)

Jaket kami guna masa naik flight & ke taif sahaja sebab kat taif sejuk

Seluar dalam pakai buang tu pakai masa ziarah sahaja. Kalau dalam ihram memang tak boleh pakai pakaian yang berjahit. Tapi sekarang ni ada je orang jual seluar dalam yang khas untuk dalam ihram punya. Cuma marsha tak beli sebab rasanya bukan keperluan sangat pun sebab buat umrah tak lama. Selipar pula better beli yang selipar jepun terus je sebab dalam ihram lelaki kena nampak kelima-lima jari dan juga tumit. Marsha beli yang tahan sikit jenama asadi dalam rm17 je sepasang. Selipar tu je la husband pakai dari bertolak sampailah balik semula ke Malaysia.

Jemaah Perempuan

Marsha bawak keperluan lebih sikit dari suami sebab kita kan perempuan banyak sikit barang nak dibawa. Tetapi tak ada beza sangat pun.

Usai umrah pertama masa ni

1. Jubah - 2 (Putih & Hitam)
2. Jubah seluar - 3 pasang ( Putih & Hitam )
3. Inner - 4 helai
4. Telekung - 4 helai
5. Kasut 
6. Selipar
7. Kasut tawaf
8. Stokin - 7 pasang
9. Seluar dalam pakai buang (cotton) - 2 paket
10. Pakaian dalam
11. Seluar - 4 helai
12. Inner telekung - 4 helai
13. Stokin tidur
13. Tudung biasa - 2 helai
15. Jaket / Sweater
16. Handsock - 4 pasang
17. Botol Spray - ambil wuduk
18. Kain sarung
19. Baju tidur
20. Buku panduan mengerjakan umrah & Buku doa
21. Tuala kecil
22. Kacamata
23. Gunting ( untuk tahalul)


Barang Keperluan Bersama

1. Toileterries - 1 set 
2. Hanger travel - 8 pcs
3. Plastik besar - 3 pcs
4. Sejadah kecil - 1
5. Krim tumit
6. Krim betis
7. Ubat-ubatan
8. Krim pelindung matahari @ Sunblock
9. Universal Adaptor
10. Kabel charger handphone
11. Plug adapter
13. Travel Wifi 

Toileterries seperti berus gigi, ubat gigi, syampu, body wash, pencuci muka Marsha memang bawa yang khas boleh dalam ihram. Marsha beli jenama SKXElhaj dengan Suchi. Begitu juga dengan krim tumit, sun block  dan krim betis. Krim betis tu untuk Marsha & suami pakai waktu malam nak tidur untuk elak cramp. Sebab kat sana banyak sangat jalan dan setengah hari pun boleh mencapai 20-30 ribu langkah. Oh ya toileterries ni kami kongsi sebab kami duduk bilik berdua. Kalau asing-asing tu kena double la untuk yang penting.

Toileterries untuk keperluan bersama


Plastik pula Marsha bawa untuk basuh baju jika tiada baldi dibekalkan. Di Mekah, Marsha tak guna plastik sebab hotel sediakan baldi. Tetapi di Madinah Marsha guna plastik. Hangar travel memang perlu sebab kat sana memang Marsha well plan untuk basuh sendiri baju semua. Dobi mahei...10 riyal sehelai...hihi. Sabun? Sabun basuh memang Marsha beli kat sana sebab sabun kat sana sesuai untuk air sana. Kalau sabun dari sini tak sesuai. Air kat sana adalah air laut yang dirawat.

Untuk data internet, Marsha dan suami menggunakan TravelWifi yang Marsha langgan khas untuk digunakan di seluruh Saudi Arabia. Memang puas hati. Nak langgan macamana? Baca lanjut TravelWifi pilihan Marsha ni.

TravelWifi dari Travel Recommends


Ok rasanya itu sahaja keperluan yang Marsha bawa dan ia sememangnya cukup sebab Marsha basuh pakaian hari-hari disana. Cepat kering dengan cuaca panas disana pada masa tu. Banyak lagi Marsha nak kongsikan Travelog Umrah Marsha. Jadi stay tune ya!

Depan hotel di Mekah



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

4 sahabat ibu

  1. waalaikumussalam. terima kasih atas sharing. sangat bermanfaat. doakan agar kami juga dapat menunaikan umrah ^_^

    ReplyDelete
  2. Banyak juga ya keperluan2 yang perlu disediakan.. Alhamdulillah seronok tgk akk dan family dapat jejak ke sana. Mohon doa supaya zaza juga dapat jejak nanti.

    ReplyDelete
  3. seronok tengok perkongsian mengenai umrah. btw nice sharing sis :) |♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
  4. Walaikumusalam.. Salam kenal.. terima kasih infonya ya.. expecially part selipar tuk lelaki tu... cemburu tgk Marsha dah jejakkan kaki di bumi bertuah. Semoga kami suami isteri pun dapat peluang tersebut.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)