• Home
  • About
  • cONTACT
  • Sitemap
  • Disclaimer
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email Liyana Ishak Lokmanamirul.com Nurfuzie.Com Nurul Yui PermataBiru Pha Is Salmiah Md Zain Siti Sharini Siti Yang Menaip Zumal Zya Akma

Marshalizadotcom


#Biters


HOME MY STORY SHAKLEE TRAVEL ANITH BAIHAQI
FOODIE PARENTING BEAUTY REVIEW RESEPI TIPS

Assalamualaikum


Serangan wabak pandemik Covid-19 sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian sehingga sekolah seluruh dunia terpaksa ditutup termasuklah sekolah-sekolah di Malaysia. Kebetulan masa wabak pandemik Covid-19 menyerang negara, cuti pertengahan penggal 1 baru bermula dan Marsha merancang untuk balik ke kampung pada 18 Mac 2020 dan pada hari tersebut juga diisytiharkan PKP. Jadi Marsha membatalkan hasrat untuk balik Kelantan disebabkan suami juga menjadi 'backup' frontliners. Walaupun sekolah ditutup, guru-guru tetap perlu bekerja dari rumah bila cuti sekolah tamat. Tamat sahaja tempoh cuti pertengahan penggal 1, guru-guru mula sibuk buat 'home based learning' untuk para pelajar. Bagi Marsha ianya satu pengalaman baru yang sangat berharga. Ini kerana kita upgrade diri dalam kepakaran pengajaran dan pembelajaran kita.

2 hari lepas, 24 Jun 2020 adalah hari bersejarah sekolah sudah mula dibuka untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting seperti SPM, SPMV, STPM dan setaraf. Seminggu sebelum sekolah dibuka, pelbagai persiapan dibuat untuk menerima kembali pelajar tetapi dalam keadaan norma baharu patuh SOP. Ini kerana untuk mengelakkan wabak pandemik berleluasa ekoran wabak ini masih ada kes. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar kerana guru-guru telah didedahkan dengan simulasi sebelum ini. Para pelajar pun nampak tertib dan juga mematuhi SOP yang sekolah tetapkan. Jom Marsha kongsikan hari pertama | Bermulanya Sekolah Norma Baharu 26 Jun 2020


Bermulanya Sekolah Norma Baharu 24 Jun 2020


Marsha keluar rumah jam 6.45 hari pertama. Bagi Marsha dah lambat dah tu sebab perjalanan dari rumah ke sekolah mengambil masa 25-30 minit. Jenuh tekan minyak memandangkan jalan pun agak banyak kereta semalam. Alhamdulillah sampai tepat jam 710 pagi. Marsha perhatikan guru-guru dan juga pelajar-pelajar tekun mengikut SOP yang disediakan. 



Guru dan Pelajar Di Ambil Suhu di Pintu Masuk Sekolah dan Pintu Masuk Kelas

Sebelum masuk ke dalam sekolah, para pelajar dan guru-guru diwajibkan diambil suhu. Guru-guru bertugas akan menjalankan amanah ini dengan datang lebih awal dan akan mengambil suhu pelajar dan juga guru.



Guru dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana setiap team mempunyai tugas masing-masing dan tugas tersebut dibuat sistem penggiliran. Pelajar dan guru diambil suhu dan juga diwajibkan memakai hand sanitizer.




Sebelum memasuki pintu kelas masing-masing, pelajar sekali lagi diambil suhu oleh guru yang bertugas menunggu di kelas untuk kehadiran dan memakai hand sanitizer. Pelajar duduk dimeja yang telah dinomborkan dengan jarak 1 meter dari meja pelajar yang lain. Pelajar juga diwajibkan duduk di meja nombor yang sama dihari seterusnya.



Sebelum memulakan kelas, pelajar diminta mengelap meja masing-masing. Pelajar diminta membawa kain lap utk lap dikawasan yang mahu disentuh. Sebagai langkah pencegahan untuk wabak Covid-19. Guru juga sama, sebelum masuk kelas akan pakai hand sanitizer dan mengelap meja guru.

Penjarakan Parking Motosikal

Kebanyakan pelajar sekolah Marsha datang sekolah dengan menaiki motosikal. Jadi selepas diambil suhu di pintu masuk sekolah, pelajar akan menolak motosikal masing-masing ke tempat parking motosikal dengan perjarakan sosial. Parking motosikal pun jarak 1 meter antara motosikal.



Guru dan Pelajar Berjalan Mengikut Arah yang Ditandakan

Pergerakan guru dan juga pelajar juga dipantau. Jadi ada 2 warna tanda untuk pergerakan pelajar dan guru. Kuning untuk masuk dan merah untuk keluar. Jalan pula hanya satu hala. Ini bermakna guru dan pelajar akan bergerak ikut pusingan yang jauh demi mematuhi SOP yang disediakan.


Untuk kelas pula, pintu masuk dan pintu keluar adalah berlainan. Begitu juga di bilik guru, makmal, pejabat dan juga bilik-bilik khas. Ini untuk mengelakkan pertembungan antara pelajar dan juga guru demi menjaga penjarakan sosial.

Penjarakan 1 Meter Guru dan Pelajar

Meja pelajar di dalam kelas telah dijarakkan 1 meter antara satu sama lain. Pelajar tidak dibenarkan berjalan ke meja kawan dan juga perlu kekal dalam petak meja yang telah dibuat.



Banyakkan SOP yang nak kena dipatuhi. Namun ianya perlu dalam mencegah wabak in aktif kembali. Kini Malaysia telah berjaya memutuskan rantaian Covid-19 ini dan harapnya nanti semua sekolah akan dibuka kembali seperti biasa. InsyaALLAH.




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger
Share
Tweet
Pin
Share
8 sahabat ibu

Assalamualaikum

Hari ni hari pertama Marsha bekerja sekian lama setelah cuti sekolah dan disambung dengan PKP seterusnya PKPB. Bila diumumkan PKPP maka sekolah pun dah dibuka hari ini dengan norma baharu. Tetapi bukan semua pelajar sekolah masuk sekolah. Pada permulaan ni hanya pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar sahaja yang dibenarkan ke sekolah. Disebabkan sekolah Marsha tiada pelajar tingkatan 6, jadi yang masuk sekolah hari ini adalah pelajar tingkatan 5 sahaja.

Bermulalah sesi kesibukan bekerja dan diselang-seli dengan kerja-kerja rumah menanti bila balik kerja. Dengan anak-anak yang lincah memang seharian akan penat. Kadang-kadang badan sampai sakit-sakit. Dalam umur almost 40an ni Marsha kalau boleh nak pastikan badan tetap 'fit' walaupun dah menjangkau 40 an nanti. Dalam entri kali ini, Marsha nak kongsikan 7 makanan kesihatan wanita yang perlu diambil untuk kekal sihat. Nak tahu apa? Jom baca sampai habis | 7 Makanan Kesihatan Baik Untuk Wanita.


 7 Makanan Kesihatan Baik Untuk Wanita

Wanita yang mempunyai rutin yang sibuk mesti amalkan makanan kesihatan untuk kesihatan diri. Tak kiralah korang bekerjaya atau surirumah. Keduanya mempunyai rutin harian yang sibuk. Macam-macam nak dibuat seharian. 



Sebagai seorang wanita, kita memang tidak boleh ambil mudah tentang kesihatan diri. Dalam umur hampir mencecah 40 an ni Marsha kena amalkan suplemen untuk wanita 40an dan juga kena amalkan multivitamin untuk wanita usia 30 tahun keatas. Jadi jomlah kita tengok 7 makanan kesihatan baik untuk wanita atas perkongsian dari HelloDoktor.



1. Asid folik


Anda perlukan: 400 mg sehari

Asid folik amat penting untuk wanita seawal usia remaja.

Semua wanita yang boleh mengandung disarankan mengambil asid folik setiap hari walaupun tidak merancang hamil dalam masa terdekat.

Asid folik sangat penting untuk mengelakkan kelahiran bayi dengan kecacatan saraf tunjang (NTD). Penyakit ini merencatkan pertumbuhan otak dan juga saraf tunjang bayi.

Bayi yang lahir dengan NTD akan mengalami masalah kesihatan yang kekal seumur hidup. Keadaan ini dapat dielakkan dengan pengambilan asid folik yang cukup setiap hari.

Oleh itu, wanita muda khususnya amat digalakkan mengambil suplemen yang mengandungi asid folik. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan pemakanan makanan yang kaya dengan asid folik.

Sebagai contoh, amalkan makan sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli, kubis, kekacang dan juga buah-buahan seperti oren dan betik.


2. Zat besi


Anda perlukan: 18 mg sehari

Lelaki dan perempuan perlukan zat besi untuk pembentukan sel darah merah. Tanpa sel darah merah yang mencukupi, oksigen tidak dapat disalurkan ke seluruh badan dengan sempurna.

Keadaan ini juga dikenali sebagai anemia kekurangan zat besi (iron deficiency anaemia).

Simptom utama kekurangan zat besi ialah sering rasa penat walaupun hanya membuat kerja-kerja ringan.

Selain itu, disebabkan wanita datang haid sebulan sekali, mereka memerlukan lebih banyak zat besi sehari berbanding lelaki.

Tips kesihatan dari kami ialah anda juga boleh mengamalkan makan makanan seperti daging merah, hati, kerang-kerangan, ikan, telur, kekacang, pisang dan juga bayam.


3. Vitamin D


Anda perlukan: 160 IU sehari

Ya betul tu, badan kita perlukan vitamin D! Jadi, jangan takut untuk keluar rumah dan biarkan diri disinari cahaya matahari pagi!

Wanita yang kurang vitamin D mempunyai risiko yang lebih besar untuk mengalami sakit jantung, strok, kencing manis dan darah tinggi ketika sudah lanjut usia nanti.

Wanita yang mengandung pula akan lebih cenderung mengalami preeklamsia dan diabetes gestasi akibat daripada kekurangan vitamin D.

Oleh itu, selalulah berjemur di bawah pancaran matahari ya! Bukan sahaja anda akan mendapat dos vitamin D harian anda, tetapi dalam masa yang sama mood anda juga akan bertambah baik!

Cuma, hati-hati jangan berjemur terlalu lama!


4. Vitamin E


Anda perlukan: 15 mg sehari

Vitamin E penting untuk sistem imun badan kita, bagi melawan jangkitan virus dan bakteria.

Selain itu, vitamin E juga adalah sejenis antioksidan yang mampu melindungi kulit daripada radikal bebas.

Radikal bebas boleh merosakkan sel-sel di dalam tubuh badan dan mengakibatkan penuaan. Radikal bebas juga terkandung dalam asap rokok, pencemaran udara dan juga di dalam pancaran sinaran UV daripada matahari.

Vitamin E bagus sebagai makanan kesihatan wanita kerana mampu meneutralkan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan.


5. Magnesium


Anda perlukan: 310 mg sehari

Badan anda memerlukan magnesium untuk kekal sihat. Lebih daripada 600 fungsi badan memerlukan magnesium untuk berfungsi.

Badan memerlukan mineral ini untuk menjana tenaga, menggerakkan otot, dan juga memperbaiki gen di dalam badan.

Tips kesihatan untuk anda: Dapatkan magnesium melalui yogurt, susu, kekacang dan juga sayuran hijau seperti bayam.


6. Kolin (Choline)


Anda perlukan: 425 mg sehari

Kolin ialah salah satu nutrien penting untuk tubuh badan kita. Ia tidak tergolong dalam vitamin ataupun mineral. Tetapi, kolin bagus jika dijadikan makanan kesihatan wanita.

Kolin adalah penting untuk memelihara fungsi hati, otak, pergerakan otot, sistem saraf dan juga metabolisme badan.

Anda boleh mendapatkan dos yang cukup untuk kolin dalam makanan seperti hati, daging, ikan, kekacang dan juga telur.



7. Probiotik


Probiotik bukanlah sejenis nutrien ataupun vitamin, tetapi penting bagi sistem penghadaman wanita.

Selain itu, probiotik juga mempunyai kebaikan kepada kesihatan vagina perempuan. Probiotik boleh mengekalkan keseimbangan bakteria normal dalam vagina dan juga saluran kencing.

Inilah kesemua 7 makanan kesihatan yang baik untuk wanita. Korang jangan lupa amalkan makanan kesihatan wanita di atas tau! InsyaAllah akan memberi badan kita rasa lebih bertenaga. Selamat mencuba dan amalkan yea!! Selain itu juga jangan lupa bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat dengan mengamalkan pemakanan wanita 40an.






Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger
Share
Tweet
Pin
Share
7 sahabat ibu

Assalamualaikum


Sejak akhir-akhir ini, populariti pelancongan golf semakin meniti dalam kalangan pelancong domestik dan antarabangsa. Golf dikatakan sebagai sukan perseorangan terkenal di dunia. Oleh itu, tidak hairanah jika ada yang melancong semata-mata untuk bermain golf sama ada untuk mendapatkan sebuah pengalaman atau mengambil bahagian dalam Kejohanan Golf yang diadakan di seluruh dunia. Golf adalah sukan yang dimainkan di lebih 208 Negara, termasuk Malaysia. Oleh itu, banyak Negara melihat sukan ini sebagai sebuah prospek untuk mendapatkan keuntungan bagi meningkatkan ekonomi Negara. Mereka berusaha sebaik mungkin untuk membina dan menaik-taraf Kelab-kelab Golf di Negara mereka bagi menarik kedatangan pelancong. Mereka juga turut bersaing untuk menjadi tuan rumah kepada acara dan Kejohanan Golf terkemuka dunia.



Di Malaysia, Negeri Selangor merupakan Negeri yang giat mempromosikan pelancongan sukan golf. Terdapat lebih kurang 29 kelab golf yang berdaftar dengan Tourism Selangor di Negeri ini. Pelancongan golf mudah dipromosikan di Selangor kerana lokasinya yang strategik untuk para pemain golf menikmati pelbagai jenis aktiviti pelancongan selain dari permainan sukan golf. Terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati sama ada melibatkan keindahan alam semulajadi ataupun lawatan Bandar. Selain itu, Selangor turut dikenali sebagai Pintu Gerbang ke Malaysia kerana mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa, KLIA dan KLIA2 dan pelabuhan terbesar di Malaysia, Pelabuhan Klang. Oleh itu, Negeri Selangor dilihat seringkali menggamit kedatangan pelancong dari segenap sudut.

Usaha mempromosikan pelancongan sukan golf oleh Tourism Selangor bermula pada tahun 2014 lagi. Tahun tersebut menyaksikan Badan Promosi Pelancongan Negeri tersebut mengorak langkah dengan menzahirkan sokongan sebagai Badan Pelancongan Rasmi untuk acara golf yang diadakan di Negeri Selangor. Antara Acara sukan golf terawal yang menyaksikan penglibatan bersama Tourism Selangor ialah Selangor Masters 2014, PGM ADT Maybank Championship 2018, 46th Selangor Amateur Open 2019 dan 1st Tourism Selangor Corporate Golf Tournament 2019. 



Sebagai contoh, Acara PGM ADT Maybank Championship 2018 telah diadakan di Saujana Golf & Country Club dan telah menerima penglibatan ramai pemain golf antarabangsa. Ianya turut melakar sebuah kejayaan manis kerana mencapai sasaran yang ditetapkan; antaranya, Selangor menjadi Negeri yang pertama menyiarkan program golf professional di kaca televisyen tempatan. Selain itu, acara tersebut telah berjaya membuktikan kemampuan Negeri Selangor dalam menjadi tuan rumah kepada penganjuran acara sukan golf bertaraf besar dan antarabangsa.



Tourism Selangor meneruskan sokongan terhadap acara lain pada tahun berikutnya iaitu 46th Selangor Golf Amateur Open 2019 bertempat di Danau Golf Club, Bangi. Acara ini mensasarkan penyertaan pemain golf amatur dari dalam dan luar negara, sekaligus mempromosikan Selangor sebagai hub sukan golf di Malaysia. Acara tersebut menerima sambutan hebat dari 500 orang pengunjung dan disertai oleh seramai 160 orang pemain golf amatur domestik dan antarabangsa.

Pada tahun yang sama, Tourism Selangor telah mengorak selangkah ke hadapan dengan menganjurkan Tourism Selangor Corporate Golf Tournament 2019, sebuah Kejohanan Golf anjuran sepenuhnya oleh Badan Promosi Pelancongan tersebut. Kerjasama erat telah dijalankan dengan pemain golf tempatan, Agensi Pelancongan, serta Badan Kerajaan dan Swasta di Negeri Selangor bagi menjayakan acara ini. Adalah menjadi sasaran Tourism Selangor untuk menjadikan acara ini sebagai acara tahunan dalam kalendar pelancongan Negeri Selangor. Acara tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat tajaan dari pelbagai pihak seperti Kowamas dan Malaysian Inbound Tourism Association (MITA).



Pelancongan golf adalah salah satu sektor pelancongan yang sangat menguntungkan kerana para pelancong dengan tumpuan pada sukan golf membelanjakan tiga kali ganda lebih banyak dari pelancong biasa, merujuk kepada data dari pengendali pelancongan golf, Asian Golf pada tahun 2011. Hal ini adalah kerana, kebanyakan pemain golf adalah berasal dari pelancong yang berpendapatan sederhana dan tinggi. Jumlah pendapatan yang disasarkan pada tahun 2021 dari sektor pelancongan golf di Malaysia adalah sebanyak 44.6 billion USD. Oleh itu, pelbagai pihak termasuk Tourism Selangor serta pemain industri sering menjalinkan kerjasama dalam menganjurkan serta mengendalikan acara sukan golf terkemuka.

Tahun 2020 menyaksikan tahun yang paling padat dirangka untuk acara sukan golf khususnya di Negeri Selangor. Namun begitu, pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia telah menyebabkan banyak acara golf yang telah dirancangkan di Selangor pada tahun 2020 perlu ditunda ke tahun hadapan atau dibatalkan serta-merta. Antara acara yang telah dirancang bagi mempromosikan Selangor sebagai hub permainan golf di Malaysia untuk tahun 2020 ialah Selangor Golf Classic 2020 dan 2nd Tourism Selangor Corporate Tournament 2020. Selain itu, Konvensyen dan acara golf berskala besar, Asian Golf Tourism Convention (AGTC 2020) yang sepatutnya diadakan pada Mac lalu turut dibatalkan oleh pihak penganjur bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di Negeri ini.



Kelab-kelab golf di Selangor kembali beroperasi pasca Covid-19 dengan menjalankan Standard Operations Procedures (SOP) yang ketat untuk memastikan keselamatan para pemain golf. Ahli Kelab Golf diwajibkan untuk mendaftar masuk manakala bukan ahli perlu mengisi Borang Deklarasi Kesihatan. Mereka kemudiannya perlu melalui saringan kesihatan wajib. Selain itu, kereta elektrik atau buggy ditambah kuantiti serta dipasang dengan plastik pemisah antara pemandu dan penumpang, para pemain golf juga perlu memastikan jarak 1-meter dipatuhi ketika beratur dan pondok pemula atau starter hubs tidak dibuka untuk umum. Hal ini bagi memastikan pengusaha Kelab-kelab Golf di Selangor dapat kembali beroperasi, dengan memberikan penekanan kepada aspek keselamatan dan kebersihan. Malah, sesetengah Kelab Golf di Selangor seperti Kota Permai Golf & Country Club turut mengambil langkah yang lebih menjamin kebersihan dengan pengenalan “contactless ball extractor” atau mesin pelancar bola secara automatik bagi meminimakan sentuhan secara terus.



Pengurus Besar Tourism Selangor, Encik Azrul Shah bin Mohamad dalam sebuah kenyataan berkata, “Penggiat industri pelancongan seperti operator hotel dan tempat pelancongan, Agensi Pelancongan serta penyedia perkhidmatan adalah diseru untuk melihat potensi sukan golf dari sudut yang berbeza. Bagi mendokong aspirasi tersebut, Tourism Selangor akan mempergiat usaha dan inisiatif dalam menyokong penganjuran acara sukan golf di Negeri ini dari masa ke masa dalam usaha mempromosikan Negeri Selangor sebagai sebuah hub premier dan utama bagi sukan golf di Malaysia”.

Kesimpulannya, pelancongan sukan golf bukanlah suatu cabang pelancongan yang harus dipandang ringan kerana potensi besar yang dimilikinya. Semua penggiat industri pelancongan termasuk Agensi Pelancongan perlu bekerjasama dalam mempromosikan potensi sukan ini di Negeri Selangor. Pakej-pakej percutian yang menyelitkan aktiviiti sukan golf di Kelab dan Lapangan golf pemenang anugerah di Negeri ini pasti dapat menarik perhatian peminat sukan ini dari dalam mahupun luar negara seterusnya menyumbang kepada kemampanan pencapaian ekonomi Negeri. 



Untuk informasi lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor yang serba baharu di Selangor.Travel.


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger
Share
Tweet
Pin
Share
5 sahabat ibu

Assalamualaikum




Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti di seluruh negara. Marsha menetap di Perak. Marsha juga nak kongsikan dengan korang progress inisiatif pantri komuniti AyamBersamaMu setelah Marsha dah kongsikan baru-baru ini tentangnya di PERTUBUHAN BAITUL AINI ANAK-ANAK YATIM MISKIN IPOH BINA PANTRI MAKANAN #AYAMWITHYOU, BANTU KOMUNITI IPOH

Di Perak, Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam. 


Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini. 


Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni! 


Noor Haida Bt Zaibidin dan Salina Jalaludin turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut. 

Volunteer Nur Haida delivering her home cooked Mini Pizza Tuna to Pertubuhan Baitul Aini Ipoh


“Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh telah banyak membantu penduduk di sini. 

Volunteer Salina Jalaludin delivering home cooked Ayam Brand meals to Pertubuhan Baitul Aini Ipoh



Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas kami berdua. Kami ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan tuna, ketulan nenas dan santan menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Nasi Lemak Ayam Goreng dan Mini Pizza Tuna yang kami siapkan,” jelas Salina Jalaludin. 

Nasi Lemak Ayam Goreng cooked by Volunteer Salina Jalaludin using Ayam Brand products

“Kami berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau. 

Mini Pizza Tuna cooked by Volunteer Nur Haida using Ayam Brand products

Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut. 


“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Noor Haida dan Salina menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbirPertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh, Datin Hajah Noraini Bt Abdullah.


Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan. 


“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau.


Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia. 


“Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre. 



Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu. 


Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:


📌 KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur 

📌 PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan 

📌 TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman 

📌 KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu

📌 PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh

📌 PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang

📌 KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina

📌 PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar

📌 NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban 

📌 JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru

📌 SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor



📌 SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching

📌 SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu




Untuk maklumat lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my.

 
Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger
Share
Tweet
Pin
Share
7 sahabat ibu

Assalamualaikum


Makanan segera dah sinonim dengan kita. Betul tak? Makanan segera ni disamping boleh mengenyangkan malah ia juga menjimatkan masa. Pada zaman kini, makanan segera menjadi pilihan terutama sekali semasa travel. Sebab nak travel ni kena ada makanan yang handy tetapi mengenyangkan dan sihat sebab bila travel kita akan terikat dengan masa. Kalau backpackers lagi lah kan. Kadang tu kos makan semasa travel pun dah banyak selain ia memakan masa yang agak lama untuk penyediaan ataupun makan diluar.

Zaman sekarang ni ada pelbagai makanan segera yang telah diperkenalkan oleh pelbagai jenama, contoh nasi, nasi goreng, bubur nasi, nasi lemak dan pelbagai lagi variasi makanan yang telah diubahsuai menjadi makanan segera. Jadi tak semua makanan segera ini tidak sihat atau tidak mempunyai zat tau. Ada banyak syarikat mula buat produk mereka segera untuk lebih mudah dan senang untuk keperluan pengguna. Korang pernah dengar tak Spaghetti Segera? Hanya 3 minit persiapan dan boleh makan. Ada tau! Meh Marsha nak kongsikan | 3 Mnit Spaghetti Halal dari Master Pasto.

3 Minit Spaghetti Halal dari Master Pasto 

MASTER PASTO adalah kedai online yang menjual ready-to-eat pasta. Syarikat Lioco Food SDN BHD telah ditubuhkan dan ditubuhkan sejak tahun 2017 di Pulau Pinang, Malaysia dan sejak itu, syarikat ini berkembang setiap hari. Mereka berusaha untuk menjadi salah satu pengeluar siap makan terbaik dan terbaik di pasaran semasa. Mereka juga adalah salah satu syarikat yang pertama yang mengeluarkan produk instant spaghetti Malaysia.



Sebenarnya Marsha pernah share tentang Master Pasto review di blog Marsha sebelum ni. Korang boleh baca Travel Lebih Mudah dan Selesa Dengan Master Pasto Instant Spaghetti. Cara masak pun senang sebab tu ianya dikenali sebagai 3 minutes spaghetti. 

Pakaging Di Upgrade


Kali ni Marsha nak kongsikan dengan korang pakaging yang baru instant spaghetti Master Pasto. Dulu ia didatangkan dengan bentuk paket ekonomi atau dikenali sebagai 'Flexy Packy'  yang diasingkan antara spaghetti, daging dan kuah. Kemudian kita hanya perlu rendam dalam air panas mendidih ataupun buka dan panaskan dalam microwave dan terus makan.



Kali ini, Master Pasto dah upgrade pakaging dengan convenience pack yang disertakan sekali container atau bekas. Jadi untuk travel, memang ianya lebih senang kerana kita tak perlu mencari bekas lain untuk proses 'reheat' spaghetti segera Master Pasto ini. Pakaging pun lebih handy. Container yang disediakan pun beserta dengan penutup jadi memang sangat mudah. Lepas tu kita boleh guna kembali bekas tersebut jika perlu atau untuk simpan jika tidak habis makan untuk makan kemudian.



Master Pasto Halal

Bila masuk bab makanan, pengesahan HALAL dari JAKIM memang sangat Marsha ambil berat. Kalau korang nak tahu, 3 minutes spaghetti Master Pasto ini telah mendapat HALAL JAKIM dan tak perlu ragu-ragu lagi untuk jadikan produk terbaik LIOCO FOOD ini teman korang semasa travel. Memang berbaloi sangat-sangat.



Bukan sahaja travel di luar negara, malah didalam negara sekalipun korang boleh bawak Master Pasto Instant Spaghetti sebagai bekalan korang. Anak-anak Marsha suka sangat. Susah tau nak jumpa instant spaghetti macam ni. Biasanya yang kita jumpa hanya mee segera dengan perencah.


3 Variasi Instant Spaghetti Yang Sedap


Seperti dalam post sebelum ini, Master Pasto instant spaghetti ini didatangkan dengan 3 varian iaitu Spaghetti Aglio Olio Ayam, Spaghetti Bolognese Ayam dan Spaghetti Sos Cendawan Berkrim. Marsha dah cuba ketiga-tiga varian dan Marsha suka semuanya. Jadi lepas ni boleh lah buat stok untuk travel. Pakaging all in one yang senang tak perlu nak beli bekas tambahan.



Kalau korang nak cuba instant spaghetti Master Pasto ini korang boleh la rujuk maklumat dibawah okay! Selamat mencuba!



Maklumat Lanjut


Website | Facebook | Instagram


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Share
Tweet
Pin
Share
7 sahabat ibu

Assalamualaikum



Rambut adalah mahkota wanita dan menjadi impian setiap wanita untuk pastikan rambut dijaga dengan rapi dan sihat walaupun berhijab. Bagi Marsha sebagai seorang wanita yang berhijab, bukan bermakna abaikan kesihatan rambut. Kalau rambut tak sihat dan bermasalah, ia akan menjadi gatal-gatal dan membuatkan rasa tak selesa. 

Bukan wanita sahaja yang mementingkan kesihatan rambut. Sekarang lelaki pun sama. Rambut menjadi antara aset yang sangat penting sebab ianya menunjukkan keperibadian seseorang. Jadi boleh dikatakan semua orang mementingkan penjagaan rambut tak kira usia dan juga jantina. Pemilihan produk penjagaan rambut juga sangat penting. Kalau salah pilih ianya akan memberikan kesan yang negatif pada rambut jika tak sesuai. Untuk rambut lebih sihat secara natural, semestinya produk penjagaan rambut yang digunakan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Marsha nak kongsikan dengan korang salah satu produk penjagaan rambut yang Marsha sedang amalkan sekarang yang bebas bahan kimia berbahaya seperti betaina, sulfat dan silikon. Jadi nak tahu lebih lanjut jom baca | Bertukar Kepada Penjagaan Rambut Yang Tiada Mengandungi Betaina, Sulfat, & Silikon - Fakta Yang Perlu Diketahui 


Bertukar Kepada Penjagaan Rambut Yang Tiada Mengandungi Betaina, Sulfat, & Silikon - Fakta Yang Perlu Diketahui 




Buih Syampu ini tidak mengeluarkan buih yang banyak seperti syampu yang biasa anda gunakan. Namun, tidaklah bermakna syampu ini tidak membersihkan rambut anda, atau anda perlu menggunakan lebih banyak syampu daripada biasa. Rambut anda mestilah benar-benar basah sebelum anda menggunakan syampu penjagaan Sensenique Natural. Anda menambahkan air supaya menikmati pembersihan yang berkesan dan bukannya menambahkan lebih syampu seperti yang biasa anda lakukan. Justeru, anda menggunakan kuantiti produk yang sedikit untuk memperoleh kesan pembersihan yang lebih baik. 



Keadaan rambut selepas menggunakan syampu penjagaan Sensenique Natural 




Kulit kepala kita kemungkinan akan mengambil masa seawal 2-3 minggu hingga selewat 1-2 bulan untuk serasi apabila kita bertukar kepada cara penjagaan rambut yang benar-benar semula jadi. Pada permulaannya, rambut anda mungkin terasa sedikit kering dan kasar. Ini merupakan tempoh penyesuaian untuk syampu ini membantu rambut anda dinyahtoksik daripada semua saki-baki lapisan kimia. Selepas tempoh penyesuaian ini, anda akan mendapati bahawa rambut anda lebih lebat dan teksturnya lebih seimbang. Hasilnya, anda akan memperoleh rambut dan kulit kepala yang lebih sihat. 

Cara untuk menggunakan penjagaan rambut TIADA Silikon, Sulfat & Betaina yang betul 




• Pastikan rambut anda benar-benar basah sebelum menggunakan syampu. Jika rambut anda tidak betul-betul basah, sukar untuk menggunakan produk dan meratakannya pada rambut anda. 

• Gunakan lebih banyak air, bukannya lebih banyak produk. Anda sebenarnya memerlukan kuantiti yang sedikit sahaja. Jika anda mahukan lebih banyak buih, gunakan lebih banyak air, bukannya lebih banyak produk. Air akan membantu untuk mengaktifkan syampu dan memudahkan syampu merata ke seluruh rambut anda. 

• Bersyampu sebanyak dua kali. Jika rambut anda tebal atau kasar, bersyampu sebanyak dua kali. Pada kali yang kedua, syampu akan lebih mudah berbuih dan rambut yang tebal atau kasar dapat dibersihkan dengan lebih mudah dan lebih berkesan. 



• Bilas rambut anda dengan sempurna. Sebarang sisa syampu akan menjadikan rambut anda terasa berat. 

• Susuli dengan perapi. Gunakan jari jemari anda untuk meratakan perapi daripada bahagian tengah panjang rambut hingga ke hujung (kulit kepala tidak perlu disapu dengan perapi, terutamanya jika rambut anda halus atau berminyak). Kemudian bilas dengan sempurna. 



Nota: Formula kami tidak mengandungi Kokamidopropil Betaina, Koko Betaina, Sodium Lauret Sulfat (SLS), Sodium Lauril Sulfat (SLES) dan Ammonium Lauret Sulfat (ALS). 



Untuk kemudahan pelanggan, Sensenique Natural menggunakan pek pam dispenser terkunci untuk syampu, pembersih badan dan perapi. Untuk membuka pam, pusingkan pam mengikut lawan arah jam. Untuk menutup dan mengunci pam, hanya tekan pam sehingga ke bawah dan pusing mengikut arah jam sepenuhnya. Ini bertujuan mengelakkan kebocoran dan amat sesuai untuk dibawa mengembara. Untuk maklumat selanjutnya, sila rujuk kepada www. senseniquenatural.com 





Jadi selamat mencuba!




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Share
Tweet
Pin
Share
7 sahabat ibu

Assalamualaikum


Dikatakan bahawa kos untuk membesarkan seorang anak boleh mencecah RM1 juta. Oleh itu, bukan lagi sebuah rahsia bahawa ia merupakan satu urusan yang mahal untuk membesarkan seorang anak, walaupun ia adalah sebuah pengalaman yang berharga. Dengan kenaikan kos sara hidup terutamanya dalam tempoh yang mencabar ini di tengah wabak Covid-19, para ibu bapa berasa risau untuk mencari jalan bagi memastikan anak-anak mereka mempunyai persekitaran yang kondusif untuk membesar dengan sihat. Untuk membantu ibu bapa harungi cabaran ini, Mum's Club di Shopee memberikan sokongan kepada para ibu yang mencari produk tulen untuk anak-anak mereka tanpa berbelanja secara berlebihan.




Ahli-ahli kelab tersebut dapat mengambil bahagian dalam pelbagai kempen yang direka khas seperti satu yang berlangsung dari 17 hingga 24 Jun 2020, menampilkan pelbagai tawaran untuk barang penjagaan bayi seperti peralatan penyusuan, mainan, pakaian, lampin dan produk mandian. Shopee bekerjasama rapat dengan beberapa jenama seperti Enfagrow, Drypers, Johnson & Johnson dan Philips Avent untuk menawarkan diskaun dan baucar menarik supaya para ibu bapa dapat menikmati lebih penjimatan, terutamanya ibu bapa baharu.





Hak Istimewa Ahli: Kempen yang berlangsung selama seminggu ini akan menawarkan ahli-ahli Mum's Club barang keperluan bayi seperti susu untuk ibu hamil, lampin, produk mandian dan penjagaan kulit, dan mainan untuk RM10 semasa Jualan Kilat Shocking Sale; baucar sehingga 20% diskaun serta pulangan tunai sebanyak 20%. Ahli-ahli juga boleh dapatkan baucar di kedai dan juga diskaun sehingga 50% oleh jenama yang mengambil bahagian.





Ahli baru Mum's Club akan menerima semua produk yang dinyatakan di atas serta ganjaran tambahan seperti 25% pulangan tunai Shopee Coins dan hadiah alu-aluan eksklusif bernilai RM30 yang terdiri daripada produk seperti lampin dan susu formula.




Peraduan Belanja dan Menang: Kempen ini menjadi lebih baik untuk para ahli yang berbelanja dari tempoh 17 Jun hingga 1 Julai berpeluang untuk menang hadiah menarik seperti kereta sorong bayi Anakku, baucar Anakku bernilai RM100 dan alat permainan Fisher-Price. Untuk mengambil bahagian, para ahli layak mendapat satu penyertaan untuk setiap pembelian sebanyak RM50 di kategori Mainan, Kanak-kanak dan Bayi. 

Sesi Perkongsian: Dalam usaha berterusan untuk mendorong rakyat Malaysia duduk di rumah demi mencegah penularan Covid-19, Shopee Mum's Club akan mengadakan siri perkongsian atas talian yang boleh ditontoni dari rumah untuk ibu bapa baharu. Dengan kerjasama DoctorOnCall, Pusat Perubatan Thomson, Hospital Columbia Asia dan Early Autism Project Malaysia, sesi yang dibahagikan kepada tiga bahagian pada 24, 25 dan 26 Jun jam 1 tengah hari di Shopee Live dengan ahli-ahli pakar yang akan berkongsi mengenai pelbagai topik tentang kesihatan ibu hamil dan anak dan juga menjaga kanak-kanak berkeperluan khas.



Shopee Mum’s Club, dilancarkan pada 2019, direka untuk menawarkan penjimatan lebih besar kepada para ibu bapa melalui tawaran dan diskaun oleh pelbagai jenama. Sebuah pihak yang boleh dipercayai sepanjang perjalanan keibubapaan mereka, ia bertujuan untuk memberikan penyelesaian dan idea kepada para ibu bapa untuk membantu mereka berikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Promosi-promosi dikemas kini secara berkala, jadi para ahli diingatkan untuk mendaftar masuk dengan kerap, terutamanya semasa jualan Baby Fair dan juga kempen khas.



Untuk dapatkan lebih maklumat tentang kempen ini, layari https://shopee.com.my/m/mums-club




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger
Share
Tweet
Pin
Share
5 sahabat ibu

Assalamualaikum

Spaghetti sekarang ni menjadi kegemaran anak-anak dan bagi Marsha ianya salah satu menu yang paling ringkas dan cepat disiapkan di kala anak-anak dah mula lapar. Biasalah kanak-kanak kan tak sabar. Inilah menu yang paling ringkas dan cepat masak dan paling penting ia menjadi kegemaran anak-anak. Ia bukan sahaja popular di kalangan kanak-kanak, tetapi ia adalah menu Itali yang menjadi kegemaran orang dewasa juga.


Marsha pun suka Spagheeti Bolognese dan memang masak sendiri untuk anak-anak. Jadi kali ini Marsha nak kongsikan resepi spaghetti bolognese homemade yang Marsha masak sendiri. Orang kata resepi sendiri campak-campak tapi sedap...hihi. Jom kita tengok | Resepi Spaghetti Bolognese Homemade

Resepi Spaghetti Bolognese Homemade

Resepi Marsha untuk spaghetti bolognese ni memang sangat simple. Sebab ia hanya memerlukan masa yang singkat untuk siapkan. Walaupun ia mengambil masa yang singkat, rasanya Marsha akan pastikan sedap. Kalau tak sedap, anak-anak tak makan pula. Membazir la kan. Jadi resepi ni confirm cepat, mudah dan sedap. Tapi sebelum tu Marsha nak kongsikan sedikit sejarah Spaghetti Bolognese ini.


Sejarah Spaghetti Bolognese

Sos Bolognese (Itali: ragu alla Bolognese, Perancis: sos bolognaise) adalah sos yang berasaskan daging untuk pasta berasal di Bologna, Itali. Ia digunakan secara tradisional untuk menghias 'tagliatelle' dan merupakan salah satu daripada kedua-dua sos yang digunakan untuk menyediakan "alla Bolognese lasagne". Sos Bolognese kadang-kadang diambil untuk menjadi sos tomato, tetapi resipi banyak mempunyai hanya sejumlah kecil pekat tomato.


Sos bermula pada abad ke-5. Resipi tradisional, yang didaftarkan pada tahun 1982 oleh delegasi Bolognese Accademia Italiana della Cucina, batasan bahan-bahan untuk daging lembu (steak skirt), pancetta, bawang, lobak merah, saderi (batang), pes tomato, sup daging, wain merah kering (tidak menggelegak ), susu, garam dan lada secukup rasa. Walau bagaimanapun, perubahan yang menggunakan produk serantau yang lain wujud walaupun dalam tradisi Bolognese. Hati ayam boleh ditambah bersama-sama dengan daging lembu atau anak lembu untuk majlis-majlis khas, dan hari ini menggunakan banyak mentega dan minyak zaitun untuk memasak soffritto. Prosciutto, mortadella, atau cendawan porcini boleh ditambah ke ragu untuk terus memperkayakan sos. Menurut Naswip Hazan dalam "The Cookbook Classic Itali", untuk memasak Bolognese yang lebih baik memerlukan 5 atau 6 jam untuk mereneh bukanlah perkara yang luar biasa.


Orang-orang Bologna tradisional menjadi terkenal dengan pembuatan telur-pasta tagliatelle (tagliatelle alla Bolognese) dan lasagne tradisional hijau mereka . Harus diperhatikan bahawa orang-orang Itali tidak memasangkan ragu Bolognese alla dengan spageti. Pasta yang lebih besar adalah untuk memegang sos yang berat dan lebih baik. Di Itali, pasta dikacau ke dalam sos untuk mengumpul rasa dan bukannya dihias dengan ragu di atas, sebagaimana yang biasa dibuat di tempat lain. 
( sumber : Wikipedia Bahasa Melayu )

Sumber : Google


Bahan-bahan


  • 1 paket spaghetti 500g
  • 5 sudu besar minyak zaitun ( pure olive oil )
  • 1 tin sos pasta PREGO
  • 1 labu bawang besar ( dipotong dadu )
  • 1 labu bawang holland ( dipotong dadu )
  • 3 ulas bawang putih ( dicincang )
  • 1 tin cendawan butang ( dihiris )
  • Tomato ( dipotong dadu ) - optional
  • 400g daging atau ayam kisar
  • 1 tin air ( sukat guna tin sos pasta PREGO )
  • 1/2 sudu Italian Herb atau Oregano kering.
  • Sedikit garam 


Cara Penyediaan


  1. Rebuskan spaghetti selama 8-10 minit atau sehingga spaghetti masak. Letakkan sedikit minyak zaitun untuk elakkan spaghetti melekat antara satu sama lain. Bila masak angkat dan toskan.
  2. Tumis bawang besar, bawang holland dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan daging atau ayam kisar dan kacau hingga masak dan air agak kering,
  4. Kemudian masukkan 1 tin sos pasta PREGO dan disusuli dengan air .
  5. Masukkan tomato.
  6. Biarkan hingga mendidih dan masukkan cendawan.
  7. Masukkan Italian Herb atau Oregano serta perasakan dengan garam.
  8. Biar ia mereneneh dalam 5 minit dan kuah bolognese dah siap.

Ada sesetengah resepi menggunakan meatball atau chicken ball. Tetapi Marsha lebih suka guna daging atau ayam kisar kerana rasanya lebih sedap dan lauk lebih banyak. Inilah cara membuat spaghetti bolognese versi Marsha. Mudah, singkat dan sedap. Lebih sedap bila nak makan, korang makan dengan mayonis dan parut sedikit keju. Sedap sangat!!


Selamat mencuba korang!!


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
7 sahabat ibu

Assalamualaikum


Semua orang kenal platform E-Dagang yang paling popular sekarang iaitu Shopee. Marsha pasti bila sebut Shopee je mesti orang dah tahu...hihi. Marsha ni memang peminat tegar Shopee. Macam-macam dah beli kat Shopee dari sekecil-kecil barang macam rempah kari hinggalah sebesar-besar barang macam chest freezer. Serius sangat memang macam-macam lah beli kat Shopee. 

Baru-baru ni Marsha ada beli tempat duduk basikal bayi di Shopee. Memandangkan anak-anak dah boring mengadap dinding rumah. Basikal pula ada 3 tetapi sangat jarang naik. Sebab masa beli tu anak Marsha paling kecil, Tufael masih belum boleh duduk stabil. Jadi terperuklah basikal-basikal tu didalam garaj sampaikan berkarat. Bila Tufael dah mula boleh duduk & berjalan, baru lah kami suami isteri terpikir kembali niat nak beli bicycle baby carrier ni. 

Marsha memang suka beli kat Shopee sebab Shopee secure dan tak akan release payment jika ada problem dengan seller. So far seller semua berhemah sebab salah satu tips membeli di Shopee ialah tengok komen-komen pembeli sebelum ini. Kalau semua ok insyaAllah kes penipuan pembelian online tak akan terjadi. Nak tahu tak jenis macamana tempat duduk basikal bayi yang Marsha dah grab? Jom baca | Tempat Duduk Basikal Bayi ( Bicycle Carrier Baby ) Seronok Bawa Anak-Anak Jalan Naik basikal

Tempat Duduk Basikal Bayi ( Bicycle Carrier Baby ) Seronok Bawa Anak-Anak Jalan Naik basikal



Bila Tufael dan mula berjalan, dah nampak dia suka sangat nak explore persekitaran yang ada. Baihaqi pun sama dah boring agaknya terperuk dalam rumah. Jadi memandangkan sekarang PKPP dan nampak ramai dah anak-anak jiran main basikal di kawasan perumahan, kami suami isteri decided nak bawak anak-anak jalan pusing-pusing taman perumahan kami. Nak pergi main dekat taman permainan masih takut lagi jadi paling selamat kita bawa basikal je petang-petang. 

Sebelum ni memang dah nampak ada seller yang jual tempat duduk belakang basikal di Shopee. Tapi terpaksa pendamkan hasrat sebab Tufael belum boleh duduk betul lagi. Bila Tufael dan boleh duduk pakej berjalan, Marsha terus zasssss....search balik bicycle carrier baby dan jumpa satu seller yang mempunyai komen-komen yang sangat positif dan juga ianya ready stock. Apa lagi terus pilih yang menjadi pilihan dan checkout. Pilihan kami ialah tempat duduk basikal bayi jenama UNO yang boleh menampung sehingga berat 25kg tetapi tiada headrest dengan harga RM78/satu.



Seller tempat duduk basikal bayi ni dari Penang dan proses penghantaran dia sangat cepat dengan kurier JNT. Dalam 3 hari dah sampai. Cara pemasangan bicycle baby carrier juga sangat senang dan kami pasang betul-betul ketat supaya keselamatan anak-anak terjamin. Kalau korang nak tahu, bicycle baby carrier ni ada seat belt untuk safety anak-anak bila kita bawa basikal. Tempat letak kaki pun ada jadi kita tak risau kaki anak masuk dalam tayar basikal. Juga ada pemegang di bahagian hadapan untuk anak kita pegang. Sesi pemasangan pun tak lama dan ianya tegap. Memang sangat recommended.  

Kerusi Basikal Baby Pilihan Tempat Duduk Basikal Bayi Yang Selesa

Seronok Baihaqi dan Tufael bila boleh round taman naik basikal. Pada permulaan cuba kami masih ragu-ragu juga sebab baru kali pertama kan. Kami hanya pusing kawasan taman rumah kami sahaja sebab baru nak cuba dan nak test kualiti semasa menggunakannya memandangkan berat Baihaqi memcecah 15kg dan Tufael pula 10 kg. Selain tu nak tengok safety macamana. 

Tufael memang tak suka tengok kamera


Alhamdulillah anak-anak rasa sangat seronok dan selesa. Macamana Marsha define selesa? Sebab Baihaqi dan Tufael sangat seronok dan tak ada rengekan langsung dari boys berdua ni. Layan je naik basikal. Sampaikan Baihaqi tak nak turun nak jalan-jalan lagi pada hari pertama cuba. Pada hari seterusnya kami pergi jauh sikit setiap hari total jarak kayuhan dalam 2.5 KM. Pernah sekali tu kayuhan dalam 5.5 KM. Boys berdua ni tak ada rengekan pun malah nampak seronok. Baihaqi siap nyanyi haa lagi hiburkan ibu tengah mengayuh..hihi.

Baihaqi paling seronok


Tufael relax je dia menikmati keindahan alam tengok pergerakan sana sini dan sangat behave naik basikal dengan suami. Kami suami isteri sangat seronok bila tengok anak-anak sangat seronok. Sekarang ni dah jadi rutin pula kami berbasikal setiap petang. Sebab seronok bila tengok senyuman anak-anak. Kakak Anith pun dah semakin mahir berbasikal.

Alhamdulillah tak rugi kami beli basikal dan beli pula kerusi basikal baby ni. Sambil bawa anak-anak jalan boleh exercise untuk next fun run. Kira boleh fit kan badan sementara bersedia untuk join fun run lagi. 

Beli Bicycle Carrier Baby Brand UNO Dengan Trusted Seller di Shopee

Marsha nak kongsikan seller yang Marsha beli tempat duduk basikal bayi ni. Untuk memudahkan korang jika berminat nak beli, Marsha memang suggestkan seller ni. Korang boleh je klik Seller Bicycle Baby Carrier dan terus ke page seller dan korang tak perlu nak cari atau search lagi. 

Bila dah pasang pada basikal


Makan masa juga nak cari yang betul-betul puas hati dan trusted. Jadi Marsha kongsikan terus link nya. Harap Marsha dapat bantu korang dapatkan kerusi basikal baby yang affordable dan selesa ni. Layan video di bawah yaa....



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger
Share
Tweet
Pin
Share
8 sahabat ibu

Assalamualaikum

Lately makin kerap pula pergelangan tangan, jari dan tangan Marsha rasa kebas. Suddenly je bukan angkat berat apa pun. Marsha risau bila baca ianya adalah simptom Carpal Tunnel iaitu sejenis penyakit saraf. Di sekolah Marsha pun dah ada 2 kawan yang mengalami masalah Carpal Tunnel ni. Ini mungkin kerana kerja hakiki sebagai guru banyak menggunakan tangan.

Ia bila menyerang memang sangat tak selesa. Rasa tak selesa nak buat kerja berat. Sakitnya datang tiba-tiba. Ini kesan kepada wanita yang tak mengandung seperti Marsha. Kalau simptom Carpal Tunnel ini menyerang ibu hamil macamana pula? Jika korang tengah hamil dan mengalami simptom tangan kebas setiap bangun tidur, itu tanda simptom Carpal Tunnel. Selain dari perubahan fizikal dalam fasa kehamilan, Carpal Tunnel tidak ketinggalan menyerang ibu-ibu hamil. Adakah ia normal dan hanya bersifat sementara? Apa yang perlu dilakukan untuk tangani Carpal Tunnel ni? Jadi kali ini Marsha nak kongsikan | Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel, Kebas Jari & Tangan

Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel, Kebas Jari & Tangan


Menurut Hellodoktor, Carpal Tunnel adalah satu kawasan atau laluan yang terletak pada pergelangan tangan. Ia dipenuhi dengan saraf dan tendon yang bersambung dengan tapak tangan dan jari. Sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak normal pada saraf dan tendon di tempat ini, ia akan mengakibatkan rasa sakit dan pedih. Inilah kondisi yang dipanggil sebagai sindrom carpal tunnel.

Ia biasa berlaku kepada golongan atlet, pekerja pejabat, pemain alat muzik serta individu yang banyak menggunakan tangan mereka dalam aktiviti seharian. Ia juga boleh berlaku kepada wanita mengandung. Pun begitu, adakah ia normal?

Adakah ia normal berlaku semasa hamil?

Ketika sedang mengandung, akan berlaku banyak perubahan hormon pada tubuh badan ibu hamil termasuklah pada tempat yang dikenali sebagai carpal tunnel ini. Perubahan hormon ini kemudiannya akan mengakibatkan tubuh badan anda mengekalkan banyak cecair pada tangan serta melembutkan ligamen tempat ini. Inilah yang akan menyebabkan tempat tersebut membengkak (oedema).


Akibatnya, saraf dan tendon pada tempat ini akan terhimpit dan tertekan seterusnya mengakibatkan rasa kebas, panas, sakit dan pedih – seperti dicucuk dengan jarum.

Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak National Health Service di UK, ia adalah kondisi yang normal dan biasa terjadi kepada kira-kira 60% wanita hamil.
Apakah yang ibu hamil boleh buat untuk kurangkan simptomnya?

Kadangkala, ia akan berlaku kepada wanita hamil tanpa dapat dielakkan. Namun apa yang korang boleh buat adalah kurangkan simptomnya dengan cara berikut:

1. Pakai pendakap tangan


Setelah disahkan oleh doktor bahawa anda mengalami sindrom carpal tunnel, minta saranan daripada doktor sama ada anda perlu pakai pendakap tangan atau tidak. Jika ya, korang boleh cari pendakap tangan ini di farmasi yang berdekatan dengan anda. Gunakan ia pada setiap masa terutamanya ketika kalian sedang bekerja atau berehat.

Jika kurang pasti, ia adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh individu patah atau retak tulang tangan. Dapatkan bantuan pakar fisioterapi untuk mencari yang sesuai dengan korang.

2. Tuam air sejuk & air hangat pada tangan


Wanita hamil boleh tuam ais secara lembut dan perlahan pada kawasan yang terjejas. Atau anda juga boleh rendam tangan pada air sejuk sebagai alternatif.

Kemudian, tuam atau rendam pula tangan anda dengan menggunakan air yang hangat secara berselang seli (kira-kira 5 ke 6 minit dari setiap satu).

Jika kesakitan itu masih atau makin teruk, hentikan ia dan berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.



3. Letak tangan pada kedudukan yang tinggi


Ketika sedang berehat atau bekerja, elakkan dari meletakkan tangan korang pada kedudukan yang rendah atau mendatar. Sebaliknya, pastikan ia kekal pada kedudukan yang tinggi.

Ini bertujuan mengelakkan serta mengurangkan bengkak pada tempat carpal tunnel tersebut.


4. Jaga posisi tidur dengan cermat


Jika ia berlaku pada tangan kanan, elakkan tidur dengan baring mengiring sebelah kanan. Posisi yang paling ideal adalah dengan meletakkan tangan pada bantal kepala anda.

Untuk melegakan serangan tiba-tiba pada waktu malam, goyangkan tangan anda sehingga ia sedikit lega.


5. Bersenam


Jangan terkejut dengan petua ini ya? Dengan senaman ringan yang melibatkan tangan, ia mampu melancarkan perjalanan darah pada tangan sekali gus mengurangkan pembengkakan. Senaman hilangkan kebas tangan ini sangat membantu dalam mengurangkan simptom Carpal Tunnel ni.


6. Berehat


Apa yang paling penting untuk dilakukan adalah berehat dan kurangkan aktiviti melibatkan tangan. Jika tidak berbuat apa-apa, rehatkan sahaja tangan pada bantal sambil berbaring.


7. Berjumpa doktor untuk rawatan


Akhir sekali, jangan lupa untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis dengan kerap terutamanya jika sindrom carpal tunnel semasa hamil yang anda hadapi itu kian teruk.

Jadi Marsha rasa, ianya pun boleh dipraktikkan oleh wanita yang bukan hamil juga. Kalau korang ada alami simptom Carpal Tunnel macam Marsha ni boleh amalkan 7 cara yang Marsha kongsikan. Moga semuanya dipermudahkan dan simptom Carpal Tunnel ni dapat diatasi.



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger
Share
Tweet
Pin
Share
5 sahabat ibu
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Marsha
Blogger|Social Media Influencer
Personal|Lifestyle|Parenting|
Travel|Beauty

Review|Event|Collaboration
marshalizadotcom@gmail.com





Total Pageviews

Follow

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Subscribe My Youtube Channel

fb pages

Marshalizadotcom Diary

Blog Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  February 2021 (5)
    • ►  January 2021 (1)
  • ▼  2020 (103)
    • ►  December 2020 (6)
    • ►  November 2020 (8)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (5)
    • ►  August 2020 (9)
    • ►  July 2020 (6)
    • ▼  June 2020 (24)
      • Bermulanya Sekolah Norma Baharu 24 Jun 2020
      • 7 Makanan Kesihatan Baik Untuk Wanita
      • NEGERI SELANGOR – HUB SUKAN GOLF PREMIER DAN UTAMA...
      • Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di P...
      • 3 Minit Spaghetti Halal dari Master Pasto
      • Bertukar Kepada Penjagaan Rambut Yang Tiada Mengan...
      • Shopee Mum’s Club Tawaran Terbaik Produk Bayi Orig...
      • Resepi Spaghetti Bolognese Homemade
      • Tempat Duduk Basikal Bayi ( Bicycle Carrier Baby )...
      • Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel...
      • Enjoy Your Charging Moments With AUKEY
      • Cara Mudah Kenali Durian Musang King
      • Mengingatkan Ikatan Erat Sesama Kita Dengan KANIST...
      • SEHARI DI SELANGOR, JOM KE SEPANG!
      • Jom Dapatkan Maklumat dan Tips Kesihatan
      • Download MySejahtera & Dapat RM50 E-Wallet
      • 5 Jenis Pokok Indoor Plant Yang Patut Ada Dalam Rumah
      • Raph & Remy Pilihan Trendy Masa Kini Untuk Hadiah ...
      • Jom Cari Makan! With Shopee Where some of your fav...
      • 5 Sajian Tradisi Selangor yang Best
      • Duduk Rumah, Beli dan Terima Aiskrim Nestle Dengan...
      • Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh...
      • 10 Resepi Ikan Aye @ Tongkol Yang Mudah dan Sedap
      • Hasbro Will Donate Toys To Families Affected By CO...
    • ►  May 2020 (9)
    • ►  April 2020 (9)
    • ►  March 2020 (5)
    • ►  February 2020 (4)
    • ►  January 2020 (9)
  • ►  2019 (108)
    • ►  December 2019 (8)
    • ►  November 2019 (3)
    • ►  October 2019 (9)
    • ►  September 2019 (9)
    • ►  August 2019 (13)
    • ►  July 2019 (12)
    • ►  June 2019 (8)
    • ►  May 2019 (12)
    • ►  April 2019 (9)
    • ►  March 2019 (8)
    • ►  February 2019 (6)
    • ►  January 2019 (11)
  • ►  2018 (99)
    • ►  December 2018 (8)
    • ►  November 2018 (10)
    • ►  October 2018 (3)
    • ►  September 2018 (7)
    • ►  August 2018 (7)
    • ►  July 2018 (7)
    • ►  June 2018 (6)
    • ►  May 2018 (8)
    • ►  April 2018 (7)
    • ►  March 2018 (14)
    • ►  February 2018 (13)
    • ►  January 2018 (9)
  • ►  2017 (133)
    • ►  December 2017 (12)
    • ►  November 2017 (12)
    • ►  October 2017 (13)
    • ►  September 2017 (22)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (17)
    • ►  June 2017 (15)
    • ►  May 2017 (7)
    • ►  April 2017 (8)
    • ►  March 2017 (2)
    • ►  February 2017 (2)
    • ►  January 2017 (8)
  • ►  2016 (43)
    • ►  December 2016 (15)
    • ►  November 2016 (6)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (10)
    • ►  March 2016 (1)
    • ►  January 2016 (10)
  • ►  2015 (74)
    • ►  December 2015 (2)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  October 2015 (7)
    • ►  September 2015 (30)
    • ►  August 2015 (28)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  January 2015 (5)
  • ►  2014 (39)
    • ►  December 2014 (4)
    • ►  November 2014 (9)
    • ►  October 2014 (3)
    • ►  September 2014 (6)
    • ►  August 2014 (6)
    • ►  July 2014 (4)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  January 2014 (6)
  • ►  2013 (19)
    • ►  December 2013 (1)
    • ►  July 2013 (1)
    • ►  June 2013 (6)
    • ►  May 2013 (1)
    • ►  April 2013 (5)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  January 2013 (3)
  • ►  2012 (29)
    • ►  September 2012 (1)
    • ►  August 2012 (6)
    • ►  July 2012 (13)
    • ►  March 2012 (3)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (5)
  • ►  2011 (37)
    • ►  December 2011 (11)
    • ►  October 2011 (2)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (2)
    • ►  June 2011 (4)
    • ►  May 2011 (6)
    • ►  April 2011 (3)
    • ►  March 2011 (3)
    • ►  February 2011 (2)
    • ►  January 2011 (3)
  • ►  2010 (190)
    • ►  December 2010 (3)
    • ►  November 2010 (1)
    • ►  October 2010 (8)
    • ►  September 2010 (4)
    • ►  August 2010 (11)
    • ►  July 2010 (12)
    • ►  June 2010 (22)
    • ►  May 2010 (51)
    • ►  April 2010 (21)
    • ►  March 2010 (19)
    • ►  February 2010 (23)
    • ►  January 2010 (15)
  • ►  2009 (96)
    • ►  December 2009 (7)
    • ►  November 2009 (12)
    • ►  October 2009 (12)
    • ►  September 2009 (7)
    • ►  August 2009 (18)
    • ►  July 2009 (14)
    • ►  June 2009 (20)
    • ►  May 2009 (2)
    • ►  April 2009 (2)
    • ►  March 2009 (2)

Popular Posts

  • Koleksi Terbaru SAFI Expert Solution Membantu Memudarkan Jeragat dalam 2 Minggu
    Assalamualaikum Semakin berusia, selain kedutan ada lagi satu masalah pada kulit wajah yang menghantui wanita terutamanya yang berumur 3...
  • Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Kembali Lagi Kali Ke-23
    Assalamualaikum MAGGI dengan Pertandingan Memasak sudah tidak asing lagi. Setiap tahun sekolah Marsha memang mengambil bahagian dalam Per...
  • Solekan Mudah Tanpa Cela Dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum
    Assalamualaikum Solekan dan wanita tak dapat dipisahkan. Tetapi tak semua wanita pandai aplikasikan solekan dengan sempurna. Maksudnya na...
  • Senyuman Terpamer Diwajah 160 Pelajar Sekolah Rendah di Negeri Perak Dengan Program #SunwayForGood Deepavali Cheer di Lost World of Tambun oleh Sunway Group
    Assalamualaikum Senyuman Terpamer Diwajah 160 Pelajar Sekolah Rendah di Negeri Perak Dengan Program #sunwayforgood Deepavali Cheer di Lo...
  • Selepas 7 Hari Rawatan Dermapen / Microneedle di Dr Medispa Wellness Berjaya Pudarkan Parut Jerawat
    Assalamualaikum Selepas 7 Hari Rawatan Dermapen / Microneedle di Dr Medispa Wellness Berjaya Pudarkan Parut Jerawat |  PARUT terhasil d...
  • 5 Produk Mata Yang Membantu Kurangkan Masalah Rabun & Silau Serta Memelihara Kesihatan Mata
    Assalamualaikum Mata adalah salah satu dari 5 deria penting anugerah dari ALLAH. Tiada galang ganti. Priceless tau. Jadi jika ada masal...
  • Beautea by SAFI Pembersih Muka Baharu 100% Ekstrak Teh Premium
    Assalamualaikum Beautea by SAFI Pembersih Muka Baharu 100% Ekstrak Teh Premium | Korang perasan tak kat FB & IG Marsha ada share ...
  • Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Ipoh
    Assalamualaikum Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling membantu, murah hati dan saling percaya...
  • 10 Resepi Ikan Aye @ Tongkol Yang Mudah dan Sedap
    Assalamualaikum Ikan Tongkol atau juga popular dengan nama Ikan Aye dikalangan orang pantai timur seperti Marsha memang menjadi antara...
  • Realme XT Yang Pertama Di Malaysia Dengan 64MP Quad Camera Snapdragon
    Assalamualaikum Hai korang!! Sana sini tengah viral telefon pintar Realme yang baru ni, Korang nak tahu, Realme Malaysia hari ini secar...

Followers

Nuffnang Ads

komen baru

Widget Komen Terkini Dengan Avatar

My Blog List

  • Blog Lea Azleeya
    6 Tips Menghilangkan Bau Hapak Kasut
    4 hours ago
  • SURIA AMANDA
    Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah
    5 hours ago
  • Blog Rabia Adawiyah
    Sotong celup tepung air fryer
    15 hours ago
  • KAK WAWA - Health & Beauty Tips, Lifestyle, Food, Travel and Review
    Promosi Shaklee March 2021 - ESP Buy 4 Get Free Shaker Exclusive
    1 day ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Birthday Giveaway by Eksplorasilea
    1 day ago
  • Blog Wani Sukarno
    Saksikan Telefilem Audrey Di TV1
    1 day ago
  • Ciktie Dot Com
    Cosmoderm Perfect Balanced Terbaru di Pasaran | Gabungan Sempurna Prebiotic dan Calamine Untuk Kulit Lebih Sihat dan Segar
    3 days ago
  • Imperfectly Perfect
    Happy Birthday Ray!
    5 days ago
  • SHAHADA FAUZI
    Throwback Kenangan Pergi Pesta Buku Big Bad Wolf 2020
    5 days ago
  • Ana Suhana
    Inai Semulajadi dari Inaidamia Lancar Produk dan Bungkusan Baru
    5 days ago
  • SHALIMAR YUSOF
    Resepi Sup Ayam Thai Cukup Masam Dan Pedas
    5 days ago
  • Husniey Husain
    Langkah Mudah Mengesan Lokasi Guna Aplikasi Google Maps
    5 days ago
  • Blog Cik Ash
    Bestnya Lagu AJL35 Medley Nyanyian Hannah Delisha, Azmi Saat, Raysha Rizrose & Dean Eiman
    5 days ago
  • babyshambles.. ♥
    Awal Tahun 2021 Yang Mencabar
    6 days ago
  • Marshalizadotcom
    Koleksi Kuih Raya Premium Yang Patut Korang Cuba di Cookies Vibe
    1 week ago
  • Jurnal Shikin Razali
    Teknik pernafasan mudahkan proses kelahiran
    1 week ago
  • Behind the Scene
    Cosmoderm Perfect Balanced Mini Skin Lab Set Review
    2 weeks ago
  • Wawa Ashihara | Beauty & Lifestyle Blogger
    Produk Baharu Cosmoderm Perfect Balanced Dengan Prebiotic & Calamine
    2 weeks ago
  • Nurzarini Ismail
    Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Bantu Pelajar Orang Asli Kembali ke Sekolah
    3 weeks ago
  • Blog Cik Renex
    Lagu Loghat Pahang , Apa Kabo Oghang Bera #4
    3 weeks ago
  • From View of My Eyes
    Penat Berkeluarga
    4 weeks ago
  • Nick Nashram
    Contoh Soalan MUET Listening Test Lengkap Dengan Audio Dan Jawapan
    4 weeks ago
  • Ira Mommy Si Kembar
    TIPS SEMASA ANXIETY ATTACK | Dr. Erna Nadia
    1 month ago
  • Sheila Inspire
    Salam 2021 : SheilaInspire.Com
    1 month ago
  • Nurmujahidah
    Rawat Masalah Kulit Muka Dan Rambut Gugur Dengan Produk Halal Dari Nature Lab
    1 month ago
  • AIRA
    PG Mall Promosi November KBBM & FRESH FOOD WEEK
    3 months ago
  • MAT DRAT...
    Tempat Makan Best dan Sedap di Langkawi
    4 months ago
  • Husein Rider
    PakCik tua Bina Sendiri Surau Klasik tanpa Batu atau Simen
    5 months ago
  • TWENTYFOUR
    Mister Coffee Pilihan Kopi Terbaik Untuk Kopi Harian!
    5 months ago
  • Aisyhah Nyais
    Hati dan Perasaan? Alangkah beruntungnya..
    9 months ago
  • Amar Razali
    Menang contest blogger PSan!
    9 months ago
  • Soobeey
    TEKS PENUH PERUTUSAN KHAS COVID-19 OLEH PERDANA MENTERI TAN SRI DATO MUHYIDDIN YASIN
    11 months ago
  • Khairul Iskandar Tajuddin
    KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA
    1 year ago
  • DILPAROZA
    CARA PUTHKAN KULIT
    2 years ago
  • ABE JAQ
    Senang je tukar hak milik kereta
    3 years ago
  • www.keunggulanwanita.com
  • SISHAWA DOT COM

BITERS

#Biters

NEWSLETTER

#teamBPT


BITERs Family

  • Bonde Zaidalifah
    Promosi Sabella Sempena Hari Wanita Sedunia
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Cabaran 15 Hari Menulis Blog Hanya Tinggal Cabaran
  • Blog Sihatimerahjambu
    Kekampungan
  • Yaya Azura
    Lirik Lagu Sejarah - Lah Ahmad
  • MrsPip DotCom
    5 Cara Menghalau Monyet Dan Babi Hutan Tanpa Membunuh
  • Zazasters Da' Mama Monsta'
    4 TYPES OF FAMILY ACTIVITIES TO STOKE YOUR CHILDREN CREATIVITY AND IMAGINATION AT HOME
  • Ciktie Dot Com
    Cosmoderm Perfect Balanced Terbaru di Pasaran | Gabungan Sempurna Prebiotic dan Calamine Untuk Kulit Lebih Sihat dan Segar
  • Kisahsidairy.com
    Wordless Wednesday #56 | Sejadah Travel Mommyhappy
  • perrenial lifestyle
    Happy Birthday Ray!
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    30 Top Malaysia Blogger 2021
  • Mimi Azirah
    Inaidamia Lancar Produk dan Bungkusan Baharu
  • Ajumohit
    Kebaikan CC Cream Yang Ada SPF Dan Tidak Berminyak Dari Hansaegee Nature
  • SHALIMAR YUSOF
    Resepi Sup Ayam Thai Cukup Masam Dan Pedas
  • MRSLIEZ.COM
    Cosmoderm Perfect Balance Series Dengan Prebiotik dan Calamine Untuk Kulit Sihat Dan Menawan
  • apekinah.com
    Patutlah Kuih Raya Dari Cookies Vibe Ni Sedap, Rupanya.......
  • MARINA BASHAH
    Servis Repair Laptop Dengan Harga Murah dan Perkhidmatan Ambil Dan Hantar Berpusat Di Seri Kembangan Oleh Techouz.com
  • Azwar Syuhada
    Adab Reply Email | Tahu tak apa itu From, To, CC, BCC?
  • Usop Ahmad
    Resepi Ayam Masak Serai Yang Sangat Sedap Dan Menyelerakan
  • Fiza Aizzawa
    Pepsi X BLACKPINK edisi terhad now in your area
  • Sharing My Ceritera
    Kitsui Review - Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus | Mesti Cuba! Hasilnya Memuaskan Hati!
  • Lovely Sunshine
    Wishing for Staycation at Singapore
  • Diary Mama
    Secret Coffee – Kopi Untuk Kesihatan Yang Mampu Melawaskan Pembuangan Air Besar
  • CXopportunities
    Adakah Produk Kitsui Bahaya?
  • CXopportunities
    Adakah Produk Kitsui Bahaya?
  • cikzacom
    TONTON AKU YANG KAU GELAR ISTERI EPISOD 1-15 (AKHIR) TV3
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021
  • Norhana Rosmida
    Resipi Kuih Tepung Pelita Step By Step Guna Bekas Dadih Tak Payah Kukus. Senang dan Sedap!
  • Ardini Humaira
    SUPERCUBE MOLASSES HERBS DRINK KIUB MINUMAN HERBA YANG BERKHASIAT
  • Rina Zul
    CARA AJAR ANAK CINTAKAN AL-QURAN. JOM BUAT SEPERKARA INI.
  • SuperMOM With SuperKIDS
    Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
  • Lifestyle Blog
    Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng
  • Syaza Redzuu | Lifestyle Blogger | Traveler
    6 Benefits by PG Mall to Support Local Sellers
  • Kak Nor
    Bengkel Fotography bersama Tuan Stefano Romano

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates