• Home
  • About
  • cONTACT
  • Sitemap
  • Disclaimer
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email Liyana Ishak Lokmanamirul.com Nurfuzie.Com Nurul Yui PermataBiru Pha Is Salmiah Md Zain Siti Sharini Siti Yang Menaip Zumal Zya Akma

Marshalizadotcom


#Biters


HOME MY STORY SHAKLEE TRAVEL ANITH BAIHAQI
FOODIE PARENTING BEAUTY REVIEW RESEPI TIPS


Assalamualaikum


The much-loved ECO Shop is now exclusively on Shopee. Fondly known as the “RM2.10 shop in my neighbourhood”, the homegrown brand has opened a store on the e-commerce platform where over 700 products are priced at RM2.10! 


Malaysians can shop for their favourite items and household necessities from toiletries, gardening tools, jewellery, home decor, kids and baby care, kitchen and dining, pet supplies, stationery sets, travel accessories and more. What’s more, we hear that ECO Shop will continue to add more products on a weekly basis. 

ECO Shop is now exclusively on Shopee | Enjoy products for only RM2.10



Home Improvement







Kitchen and Dining





Sports and Games 




ECO Shop was established in June 2003 and today has over 138 outlets all around Malaysia. Expanding its presence to the online world allows its customers to shop safely from home without having to head out unnecessarily. The move to go online has also garnered encouraging results, just by looking at the listings, which goes to show that ECO Shop has grown into a lovable brand among Malaysians. 

Dato Sri’ Lee Kar Whatt, Founder of ECO Shop said “ECO Shop is committed to providing customers with affordable and quality products. By expanding our business to Shopee, we can now ensure that more Malaysians are able to enjoy what we have to offer even if there is no ECO Shop outlet near their home. By launching our shop on Shopee, we will also provide ECO Shop’s loyal customers with greater convenience.” 

Lee added, “In conjunction with our store launch, we will be having a Spend & Win Contest on 24 July 2020 where all customers stand to be one of 20 winners to win up to RM1000 worth of ECO Shop vouchers. There will also be in-store promotions that customers can enjoy for greater savings.” 


To find out more on what ECO Shopee Malaysia has to offer on Shopee, head over to their store now at https://shopee.com.my/ecoshopmy.os or search “Eco Shop Malaysia” on the Shopee App. Don’t forget to mark your calendars so you don’t miss out on a chance to win ECO Shop vouchers! 



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger
Share
Tweet
Pin
Share
8 sahabat ibu

Assalamualaikum

Sebelum serangan wabak Covid-19, Marsha memang sangat aktif join Fun Run. Boleh dikatakan setiap bulan mesti ada sekurangnya 1 event Fun Run yang Marsha sekeluarga akan join. Bila PKP dilaksanakan, event Fun Run semua terpaksa dibatalkan dan selama 3 bulan juga Marsha tidak bergerak aktif seperti sebelumnya. Banyak rest dan kurang bersenam. Sekarang ni Marsha mula masuk sekolah dan mula aktifkan diri balik dengan cycling. Bila warming up tak cukup badan mula lah rasa sakit-sakit. Kadang tu balik kerja pun pinggang dan lutut juga rasa sakit dan tak selesa disebabkan di sekolah Marsha terpaksa naik turun tangga untuk ke kelas. Suami pula kesian tengok Marsha yang dalam kesakitan akhirnya suami dapatkan Perozin untuk Marsha bila tengok beberapa Perozin review yang positif. Sekarang ni Perozin wajib ada dalam beg tangan Marsha. Nak tahu kenapa Marsha in love sangat dengan Perozin ni jom baca | Perozin: Cara Mudah dan Berkesan Legakan Sakit Sendi dan Otot

Perozin: Cara Mudah dan Berkesan Legakan Sakit Sendi dan Otot





Apa itu Perozin?


Perozin adalah 'on-the-go massage cream'  untuk melegakan sakit sendi dan otot dengan mudah dan cepat dan ianya diperbuat daripada 3 jenis herbal alami seperti Rosemary, Halia dan Daun Pudina. Namun begitu kesan masih bergantung kepada badan masing-masing. Ada yang cepat dan ada juga mungkin akan mengambil masa sedikit. Fitokimia yang terdapat dalam Rosemary adalah agen anti-radang yang juga mengandungi sifat antinociceptive, yang membantu melegakan kesakitan. Antioksidan yang kuat dalam halia pula mengurangkan pembengkakan otot dan kesakitan. Ekstrak halia membantu memperbaiki osteoartritis pada lutut apabila disapu secara topikal. Daun Pudina pula mengandungi mentol yang memberikan sensasi penyejukan dan membantu mengatur bahan kimia peradangan, melegakan keradangan dan menenangkan pembengkakan sendi dan otot.



Kandungan Perozin yang alami atau semulajadi antara yang membuatkan hati Marsha tertambat untuk menggunakan 'on-the-go massage cream' ini. Sebab kulit Marsha sangat sensitif dan kandungan Perozin ni sangat sesuai dengan Marsha kerana ia mengandungi bahan-bahan semulajadi.

Kelebihan Perozin

Mesti korang tertanya-tanya siapa yang sesuai gunakan Perozin ni. Perozin sangat sesuai untuk individu yang aktif dan juga individu dari semua peringkat umur dan jantina yang ingin melegakan sakit otot atau sendi dengan alternatif herbal semula jadi.



Kelebihan Perozin :

  1. Menghentikan penghantaran isyarat sakit di sel saraf dengan bahan semula jadi
  2. Mengurangkan keradangan
  3. Menenangkan dan melegakan kesakitan dan osteoartritis
  4. Melegakan sakit sendi dan otot
  5. Membantu dalam pemulihan otot dan sendi.
  6. Tekstur yang lembut dan mempunyai kesan sejuk/berangin untuk melegakan kesakitan.
  7. Tidak berminyak

Cara Menggunakan Perozin

Cara penggunaan Perozin ni sangat simple sebenarnya. Hanya sapukan sedikit krim Perozin ni di kawasan yang sakit samada otot atau sendi. Ulangi sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Itu sahaja. Simple je kan? Hasil terbaik diperoleh dengan menyapu Perozin sebelum dan selepas mandi air panas. Tapi korang kena ingat ia hanya untuk kegunaan luaran dan lepas guna wajib basuh tangan selepas setiap sapuan. Elakkan terkena kawasan mata dan paling penting baca cara penggunaan sebelum menggunakannya.

Apa Kata Marsha Selepas Menggunakan Perozin

Marsha dah menggunakan krim Perozin ni selama seminggu dan setiap hari akan sapu 3 kali sehari di kawasan yang sakit. Marsha sapu di bahagian tumit, lutut juga pinggang sebab Marsha banyak berjalan dan juga berdiri apabila mengajar.




Marsha suka bau dia yang sedap campuran bau Rosemary, Halia dan Daun Pudina. Paling best bila sapu kat kawasan yang sakit, 'cooling effect' dari Daun Pudina yang membuatkan rasa sakit tu berkurang serta merta. Best je rasa. Marsha memang bawa Perozin ni dalam handbag jadi senang nak sapu bila ada masa senggang.

Dalam masa seminggu Marsha amalkan Perozin ni alhamdulillah sakit dah berkurang dan kulit pun rasa lembut dan licin je. Sambil melegakan, ia juga membaiki tekstur kulit yang kasar jadi lembut. Best sangat!

Perozin juga sangat convenient dan sesuai dibawa travel sebagai kit kecemasan. Letak je dalam handbag dah siap!

Dapatkan Perozin dengan RM5 OFF Menggunakan Voucher Code PERO5MARSHA

Perozin didatangkan dalam pakaging berbentuk tiub 100ml dengan harga asal RM45.90 dan kini www.royalepharma.com tengah buat sale dan satu tiub Perozin sekarang berharga RM39.00 sahaja. Nak lagi diskaun? Dengan pembelian RM50 keatas di laman web royalepharma.com dan checkout dengan menggunakan voucher code : PERO5MARSHA , korang akan dapat lagi RM5.00 OFF atau potongan dan boleh guna hanya sekali setiap order. Tiada limit penggunaan dan korang boleh share dengan kawan-kawan voucher code khas Marsha ni.



Untuk info lanjut tentang Perozin ni, korang boleh layari :-

Facebook : 
https://www.facebook.com/perozinmalaysia
Instagram : 
https://www.instagram.com/perozinmalaysia/


Selamat Mencuba dan Selamat Tinggal Sakit Otot dan Sakit Sendi!


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Share
Tweet
Pin
Share
6 sahabat ibu

Assalamualaikum


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini bekerjasama dengan Shopee, platform e-dagang no. 1 Malaysia untuk satu lagi inisiatif baharu, Durian E-Fiesta, sebagai bukti komitmen terhadap agenda digitalisasi dan e-dagangnya.




Dato’ Zainal Abidin bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA berkata, “Ketika wabak Covid-19 di Malaysia berada di puncaknya pada bulan Mac lalu, ia telah memberikan kejutan kepada seluruh negara dan pelbagai sektor termasuk sektor pertanian yang tidak terkecuali. Sebelum ini, tiada siapa yang menjangkakan bahawa mereka dapat menjual hasil segar dan sejuk beku secara atas talian, tetapi wabak ini telah mendorong banyak pihak termasuk para petani untuk meneroka penjualan atas talian buat julung kalinya. Langkah ini juga selari dengan harapan YAB Perdana Menteri agar sektor perniagaan dalam bidang e-dagang di pertingkatkan dan menjadikannya satu trend baharu urusniaga. Oleh demikian, kami bekerjasama dengan Shopee demi memberi lebih banyak insentif kepada sektor pertanian untuk terus berada di atas talian dan yang lebih penting lagi, lebih ramai petani akan mendapat manfaat walaupun selepas PKPP. Kami akan melaksanakan kerjasama ini melalui beberapa siri kempen bertema yang menarik bermula dengan Durian E-Fiesta di Shopee bersempena musim durian yang sudah tiba."


Durian E-Fiesta di Shopee akan menjadi pameran jualan durian maya pertama di Malaysia. Program ini akan berlangsung dari 15 hingga 19 Julai dan menampilkan lebih daripada 220 tawaran, para peminat durian boleh memilih daripada pelbagai jenis durian seperti Musang King, Udang Merah, D24, Hor Lor, Kampung, dan sebagainya.


Sebagai dorongan untuk transformasi perniagaan, FAMA dan Shopee akan memberi sokongan kepada peniaga durian melalui pembiayaan baucar menarik seperti potongan harga RM5 dengan perbelanjaan minimum RM1, potongan harga RM20 dengan perbelanjaan minimum RM100 dan banyak lagi. Selain itu, pengguna juga dapat menikmati Musang King di Jualan Kilat Shocking Sale pada harga RM10 sahaja ketika berlangsungnya Durian E-Fiesta.


Mengulas mengenai kolaborasi bersama FAMA, Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Biasanya tempoh inkubasi untuk penjual dan pengguna adalah yang paling sukar. Pertama sekali, kami perlu memastikan bahawa penjual kekal berada dalam sistem dan perkhidmatan mereka adalah pada tahap yang optima. Pada masa yang sama, kami harus melatih penerimaan pengguna dan membantu mereka dalam membiasakan diri untuk membeli hasil segar secara atas talian. Oleh itu, kami amat bersemangat kerana mempunyai rakan kerjasama seperti FAMA yang mempunyai pemahaman mendalam tentang ekosistem e-dagang dan bersedia bekerjasama dengan kami bagi mendorong digitalisasi sektor pertanian Malaysia. Selain itu, ini merupakan waktu yang terbaik untuk melaksanakan kerjasama ini memandangkan rakyat Malaysia merupakan penggemar tegar buah durian."


Kedua-dua organisasi ini juga telah mengambil kira para pengguna yang mungkin kurang menggemari Raja Buah. Justeru, Durian E-Fiesta juga akan turut memasarkan buah-buahan pilihan tempatan yang lain seperti manggis, mangga, nenas dan banyak lagi pada kempen tersebut. Edisi pertama kempen ini adalah terhad di Lembah Klang dan bagi memastikan kesegaran buah-buahan, penghantaran akan dilakukan pada hari berikutnya setelah pesanan dibuat.


Peniaga buah-buahan, terutamanya peniaga durian, akan menerima sokongan dan pendedahan pemasaran maksimum sepanjang kempen ini melalui paparan banner dalam aplikasi, laman mikro-khas, push notifications dan banyak lagi.


Adalah difahamkan bahawa objektif FAMA dan Shopee bagi kerjasama jangka panjang ini adalah untuk memacu sektor pertanian dalam mencapai kemampanan dalam jangka masa panjang menerusi perniagaan secara dalam talian. 


Shopee, dalam pada itu, mendedahkan bahawa lebih daripada 2 tan (2,000kg) durian telah dijual melalui platformnya dalam masa 24 jam setelah diberi pendedahan dalam kempen 6.6 Super Sale pada bulan Jun yang lalu. Kata kunci 'durian' juga merupakan salah satu perkataan yang paling banyak dicari pengguna di platform tersebut.


Untuk memuaskan pengidaman durian anda, kunjungi https://shopee.com.my/m/durian-e-fiesta


Sebagai tambahan kepada Durian E-Fiesta, FAMA juga akan memberikan baucar kepada pelanggan yang membeli produk dari kedai rasmi mereka di Shopee. Layari https://shopee.com.my/agrobazaar_fama untuk menikmati potongan harga RM10 dengan perbelanjaan minimum RM50 bagi barangan seperti daging ayam, daging lembu, sayur-sayuran, buah-buahan dan banyak lagi.




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger
Share
Tweet
Pin
Share
6 sahabat ibu


Assalamualaikum


Hai korang! Lama kan tak bersua melalui story baru. Marsha mohon maaf awal-awal sebab lately ni Marsha agak sibuk dan tak sempat nak updated setiap hari. Tapi Marsha akan cuba update ok? Actually banyak je benda nak Marsha kongsikan tapi tak sempat..hihi. Bila dah masuk kerja ni banyak nak kena kejar..hihi. 

Ok, untuk entri kali ni Marsha terpanggil nak kongsikan dengan korang cara booking campsite cameron highland iaitu Sungai Pauh Camping Site. Dulu masa Tufael masih kecil lagi teringin je nak camping dan memang selalu tengok kawan-kawan updated dah camping kat Sungai Pauh Camping Site dan nampak sangat seronok. Ye la, Marsha kan ex-Forest jadi naluri tu memang ada. Namun keinginan terpaksa dipendam sebab anak-anak masih kecik lagi nak camping. Padahal Tufael pernah masuk Royal Belum masa umur 3 bulan tau..hihi.

Baru-baru ni pula nampak lagi kawan-kawan updated pula camping di Sungai Pauh Camping Site ni. Bila pikir-pikir balik dengan husband macam dah sesuai nak dedahkan anak-anak kepada nature. Macam Kakak Anith memang selalu dah kami bawa. Jadi ini pengalaman baru buat adik-adiknya pula. Walaupun Baihaqi baru nak mencecah 3 tahun dan Tufael 1 tahun lebih, namun Marsha rasa ianya ok je. Sebab camping dengan segala kemudahan yang ada ni kira selesa sikit. Cuma bezanya pengalaman tidur dalam khemah dan di kawasan hutan. 

Tetapi nak camping di Campsite Sungai Pauh ni bukan oleh gamble adhoc macam tu je. Perlulah buat tempahan atau booking. Perlu dapatkan kebenaran dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dulu barulah boleh masuk camping. Adatlah kan masuk rumah orang kena minta izin jangan main terjah je..hihi. Jadi jom Marsha nak kongsikan dengan korang | Cara Booking Campsite Sungai Pauh di Cameron Highland.


Cara Booking Campsite Sungai Pauh di Cameron Highland


Marsha dan suami memang suka nature dan suka aktiviti lasak. Ini mungkin dulu Marsha amik course Forestry dan selalu keluar masuk hutan dan juga ex-ROTU di UPM. Suami pula satu batch dengan Marsha ROTU di UPM. Lepas PKP ni pula memang kami suka sangat ke tempat-tempat yang nature dia cantik. Tak suka ke tempat yang crowded atau pergi shopping ke. Tapi bila tengok nature rasa tenang sangat.

Teruja pula bila tengok kawan-kawan update baru-baru ni tengah camping di Campsite Sungai Pauh. Disebabkan Marsha tinggal kat Ipoh dan tak jauh dari Cameron Highland, kami decide nak cuba bawa anak-anak suasana baru dengan camping. Nak dedahkan dorang dengan alam semulajadi. Dan Marsha tengok dengan kemudahan yang ada ia sangat membantu.

Taman Eko Rimba Sungai Pauh

Campsite Sungai Pauh ni terletak di Taman Eko Rimba Sungai Pauh dan ianya dibawah tanggungjawab Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Sebab tu lah kita kena mohon kebenaran dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dulu sebelum nak camping di Campsite Sungai Pauh ni.

Taman Eko Rimba Sungai Pauh ini terletak 1 KM dari Bandar Tanah Rata, Cameron Highland dan mempunyai pelbagai tarikan seperti kajian, sungai, berkelah, berkhemah, trekking, denai interpretasi, mendaki gunung dan juga memerhati burung. Masa study dulu Marsha tak sempat kesini tapi pernah ke kawasan lain buat kajian masa study. Jadi ianya memang memerlukan untuk kita mohon kebenaran sebelum ke sana disebabkan ianya mempunyai kapasiti tertentu. Kapasiti hanya 150 tapak perkhemahan untuk 4 org.

Kemudahan yang ada pula ialah parking, tandas, pondok rehat , surau, tempat memasak, bilik persalinan dan tong sampah. Banyak juga kemudahan yang ada kan? Pada Marsha kemudahan yang disediakan sangat mencukupi. Dah nama camping kan bukan dok di hotel...hihi. Oh ya, bayaran sewaan tapak juga dikenakan dan Marsha rasa ianya sangat murah dan berbaloi dengan hanya RM10/tapak sehari dah lebih dari ok. Dengan kemudahan yang disediakan pun cukup.


Mudah Booking Online Campsite Sungai Pauh

Cara nak buat tempahan sangat mudah. Korang hanya perlu ke pautan Sistem Maklumat Eko Rimba Negeri Pahang dan di halaman tersebut korang boleh tengok maklumat dan panduan, direktori taman eko rimba, permohonan dan semakan. Jadi Marsha cadangkan korang baca dulu maklumat dan panduan serta direktori taman eko rimba dan kemudian baru buat tempahan.



Bila dah habis baca maklumat dan panduan serta direktori taman eko rimba, korang boleh klik permohonan untuk buat tempahan atau booking. Kat sini korang kena isi no kad pengenalanan dulu untuk pendaftaran dan klik seterusnya. Kemudian akan terpapar halaman untuk korang isi detail yang perlu seperti nama, alamat dan sebagainya kemudian klik simpan.






Paparan seterusnya pula korang boleh buat pilihan jenis permohonan. Jadi kalau nak camping pilih tempahan kemudahan dan bawah dia kan keluar satu paparan lagi yang memerlukan kita isi Taman Eko Rimba yang mana nak dipilih dan tarikh tempahan . Jadi korang pilih lah Taman Eko Rimba Sungai Pauh dan tarikh ikut tarikh korang lah kan..hihi. Siap tahu berapa harga bayaran lagi. RM10 memang murah la kan.








Bila dah selesai korang klik save dan akan keluar paparan berjaya untuk permohonan tempahan dan detail tempahan. Siap!!









Keputusan permohonan kita akan dapat tahu dalam masa 7 hari bekerja dan kita boleh semak melalui pautan yang sama dan klik semakan. Isi no IC korang dan keputusan akan diketahui samada diluluskan atau tidak.




 Senang kan? Jadi selamat mencuba korang! Doakan booking Marsha berjaya ye.


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger
Share
Tweet
Pin
Share
10 sahabat ibu

Assalamualaikum


Ipoh antara ibu negeri yang menjadi pitstop bagi pelancong dalam dan luar negara. Siapa tak kenal Ipoh kan? Ipoh memang masih kaya dengan pemandangan bukit batu kapur yang cantik. Kebanyakkan tempat belum lagi diubah menjadi bangunan konkrit. Sebagai penduduk di Ipoh ni Marsha masih bertuah berpeluang menikmati keindahan yang ada di tanah Ipoh ni. Sepanjang 7 tahun menetap di Ipoh ni keindahan bukit batu kapur masih dipelihara untuk tarikan pelancong dalam dan luar negara. Sebenarnya banyak lagi tarikan menarik di Ipoh ni. Tetapi untuk kali ini Marsha nak kongsikan 'ipoh hidden gem' yang viral dan sentiasa disebut iaitu Tasik Cermin Ipoh. Jom kita tengok apa yang menarik | Rahsia Tasik Cermin Ipoh Untuk Peminat Alam Semulajadi




Rahsia Tasik Cermin Ipoh Untuk Peminat Alam Semulajadi

Marsha dah lama sebenarnya teringin nak pergi. Bila tengok ramai yang share gambar-gambar menarik kat sana. Kalau peminat alam semulajadi macam Marsha ni haruslah teringin nak tengok dengan mata kepala sendiri kan? Tapi disebabkan anak masa tu masih kecil dan dengar khabar yang nak masuk agak mencabar jadi kami hold dulu. Kali ni kami gamble je lah pergi dan nampaknya berbaloi. Jadi Marsha nak kongsikan apa yang ada kat sini.

Plan asalnya tak ada pun nak ke tempat menarik di Ipoh, Tasik Cermin ni. Hanya keluar nak amik race kit fun run yang telah dibatalkan akibat wabak pandemik Covid-19. Sebelum tu kami dah siap-siap beli tapau nasi kandar untuk lunch tapi belum decide nak makan dimana. Masa PKPP ni pun kami masih tak keluar makan di kedai sebab ada anak-anak kecil. Jadi pilihan kami ialah tapau dan makan dimana-mana tempat yang sesuai. Plan asalnya nak makan kat Padang Polo aje.

Lepas ambil race kit baru perasan kawasan tu area Gunung Rapat Ipoh dan baru teringat Tasik Cermin pun berada di kawasan berhampiran cuma tak tahu jalan kesana. Jadi Marsha gamble cuba waze dan jumpa. Berdebar juga follow waze pun takut dia bawa ketempat lain pula...hahaha. Tapi alhamdulillah selamat juga sampai. Masa sampai tu ada uncle yang jaga parking. Kos parking hanya RM5 sahaja. Uncle tu cakap boleh makan kat Tasik Cermin. Jadi kami pun bawa lah nasi yang telah ditapau tadi sekali.



Kami parking di tepi jalan berhampiran sebuah rumah yang telah ditinggalkan. Ada juga dengar khabar Tasik cermin Ipoh berhantu. Tapi tengok rumah tu tak ada apa perasaan lain pula. Mungkin itu hanya berita dari mulut ke mulut je kot. Dari tempat parking ke Tasik Cermin, kami kena berjalan kaki sejauh 500 meter dan mandaki sikit aje. Sepanjang berjalan kaki tu seronok je sebab kiri kanan tu pokok-pokok dan juga bukit batu kapur. Sejuk je rasa.

Paling menarik sebelum sampai ke Tasik Cermin, kami akan melalui sebuah pintu gua. Marsha tak pernah melalui pengalaman macam ni. Tapi di Tasik Cermin ada. Gua tu sejauh 50 meter je dan gelap. Jadi kami guna tochlight kat telefon bimbit je. Bila dah sampai hujung rasa kagum sangat lawa betul pemandangan disebalik gua tu. Tersergam indah sebuah tasik dalam suasana yang nyaman. Masa tu hanya ada beberapa orang yang dah sampai. Jadi tak lah crowded sangat.





Jadi korang bolehlah tengok perkongsian Marsha tentang Tasik Cermin Ipoh ni di channel youtube Marsha



Dalam video ni Marsha kongsikan jarak perjalanan dari tempat parking ke Tasik Cermin Ipoh. Jadi korang dapat gambaran yang jelas sebelum ke sana.

Rasa nak je duduk lama-lama kat sana nikmati keindahan alam ciptaan ALLAH. Tetapi bila dah semakin ramai kami mengundur diri. Sebab kami nak elakkan tempat crowded. Mujur lah sampai masa tu orang tak ramai sangat. Sempat makan kat sana sambil menikmati alam...best sangat!




Sejarah Tasik Cermin 



Sedikit sejarah Tasik Cermin Ipoh ni dulunya ia dijumpai oleh pekerja kuari yang berkerja berhampiran tasik cermin ni. Semasa gali gua sampai kehujung sedalam 50 meter baru ternampak ada tasik yang sangat cantik. Airnya pula dibiaskan seperti cermin nampak keindahan di permukaan tasik. Disebabkan itu ianya dikenali Tasik Cermin dan antara tasik di perak yang viral. Dengarnya jeti di Tasik Cermin Ipoh juga telah siapkan jeti untuk kemudahan. 


Lokasi Tasik Cermin Ipoh

Lokasi Tasik Cermin Ipoh ni berhampiran dengan tempat penjualan Limau Tambun di Gunung Rapat. Meh sini Marsha kongsikan lokasinya. Senang sikit korang nak cari lepas ni.




Jadi bagi Marsha kalau korang ke Ipoh dan mencari tempat menarik di Ipoh, korang boleh masukkan Tasik Cermin Ipoh dalam wishlist korang. Sangat berbaloi terutamanya untuk yang minat alam semulajadi. 




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger
Share
Tweet
Pin
Share
9 sahabat ibu

Assalamualaikum

Eyeing for your favourite ANKER products but running low on budget? Save the date: here comes the irresistible ANKER Brand Sale happening on 2 July 2020. As the leading mobile charger brand in the US, ANKER will be introducing several premium mobile accessories to Malaysians at an exclusive price on Shopee via its official store. 





Bass lovers will surely not want to miss out on the Anker A3910 Soundcore Liberty Air 2 Wireless Earbuds, equipped with Diamond-Coated Drivers that will be able to increase the sound frequency bandwidth by 15% and deliver 2 times the amount of bass. The earbuds are also loaded with 4 microphones; can effectively reduce environmental noise by 60% and retain 95% of your voice for a crystal-clear call experience. The earbuds can last up to 7 hours of playtime on a single charge and extend to 28 hours with the charging case which is suitable for long hours’ usage and when you are on-the-go.




As we continue to practice social distancing and reduce frequencies of face-to-face meetings, the connection to one another does not stop there. With the Anker A3301 PowerConf Bluetooth Speakerphone, you can enjoy uninterrupted conference meetings as the builty-in 6,700mAh battery powers your meeting with a 24-hr call time in wireless mode. With 6 microphones arranged in a 360° degrees, the Omni-Directional Voice Pickup feature allows the device to pick up voices anywhere in the room of up to 8 people. The Smart Voice Enhancement feature offers real-time echo cancellation up to 70 dB, de-reverberation, and reduces background noise by 20db to ensure your voice is picked-up without distracting noises. Simply connect to your phone or computer via Bluetooth to start your con-calls.





Get ahead of everyone else with the Anker A2041 Power Port Atom PD 4 Charging Station. Suited with Malaysian plug socket, the powerful 100W charger equipped with 2 USB-C and 2 USB-A ports can charge up to 2 laptops or USB-C tablets, and 2 smartphones or other devices at the same time with a record-breaking 100W of charging power. The USB-C Power Delivery and Anker’s exclusive PowerIQ technology for USB-A combine to provide full-speed charging for an incredible range of devices. The compact charger fits comfortably in a backpack or briefcase and it can power up the entire family while on vacation, or charge an entire mobile work station on the go.





In conjunction with the Shopee 7.7 Mid Year Sale that is happening from now to 7 July, you can enjoy greater savings, when you purchase ANKER products on Shopee. All you have to do is apply promo code 77ANK51D9 to enjoy 50% off your bill with a minimum spend of RM1 (discount capped at RM8) or apply promo code 77ANK21D9 to enjoy 14% off your bill with a minimum spend of RM1 (discount capped at RM1000) on top of the existing discounts.




Lookout for these special deals that is happening only on 2 July:



The ANKER Flagship Store on Shopee is where shoppers can be assured that the products received are 100% authentic, while enjoying a worry-free 18-month warranty. Shoppers can chat with the friendly ANKER customer service officer on Shopee for further enquiries or warranty issues. For more information on ANKER’s deals and promotions, head over to the ANKER Flagship Store via https://shopee.com.my/ANKER.os


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger
Share
Tweet
Pin
Share
3 sahabat ibu
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Marsha
Blogger|Social Media Influencer
Personal|Lifestyle|Parenting|
Travel|Beauty

Review|Event|Collaboration
marshalizadotcom@gmail.com





Total Pageviews

Follow

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Subscribe My Youtube Channel

fb pages

Marshalizadotcom Diary

Blog Archive

  • ►  2021 (1)
    • ►  January 2021 (1)
  • ▼  2020 (103)
    • ►  December 2020 (6)
    • ►  November 2020 (8)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (5)
    • ►  August 2020 (9)
    • ▼  July 2020 (6)
      • ECO Shop is now exclusively on Shopee | Enjoy prod...
      • Perozin: Cara Mudah dan Berkesan Legakan Sakit Sen...
      • FAMA, Shopee Lancarkan Pameran Durian Maya Pertama...
      • Cara Booking Campsite Sungai Pauh di Cameron Highland
      • Rahsia Tasik Cermin Ipoh Untuk Peminat Alam Semula...
      • ANKER Brand Sale
    • ►  June 2020 (24)
    • ►  May 2020 (9)
    • ►  April 2020 (9)
    • ►  March 2020 (5)
    • ►  February 2020 (4)
    • ►  January 2020 (9)
  • ►  2019 (108)
    • ►  December 2019 (8)
    • ►  November 2019 (3)
    • ►  October 2019 (9)
    • ►  September 2019 (9)
    • ►  August 2019 (13)
    • ►  July 2019 (12)
    • ►  June 2019 (8)
    • ►  May 2019 (12)
    • ►  April 2019 (9)
    • ►  March 2019 (8)
    • ►  February 2019 (6)
    • ►  January 2019 (11)
  • ►  2018 (99)
    • ►  December 2018 (8)
    • ►  November 2018 (10)
    • ►  October 2018 (3)
    • ►  September 2018 (7)
    • ►  August 2018 (7)
    • ►  July 2018 (7)
    • ►  June 2018 (6)
    • ►  May 2018 (8)
    • ►  April 2018 (7)
    • ►  March 2018 (14)
    • ►  February 2018 (13)
    • ►  January 2018 (9)
  • ►  2017 (133)
    • ►  December 2017 (12)
    • ►  November 2017 (12)
    • ►  October 2017 (13)
    • ►  September 2017 (22)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (17)
    • ►  June 2017 (15)
    • ►  May 2017 (7)
    • ►  April 2017 (8)
    • ►  March 2017 (2)
    • ►  February 2017 (2)
    • ►  January 2017 (8)
  • ►  2016 (43)
    • ►  December 2016 (15)
    • ►  November 2016 (6)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (10)
    • ►  March 2016 (1)
    • ►  January 2016 (10)
  • ►  2015 (74)
    • ►  December 2015 (2)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  October 2015 (7)
    • ►  September 2015 (30)
    • ►  August 2015 (28)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  January 2015 (5)
  • ►  2014 (39)
    • ►  December 2014 (4)
    • ►  November 2014 (9)
    • ►  October 2014 (3)
    • ►  September 2014 (6)
    • ►  August 2014 (6)
    • ►  July 2014 (4)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  January 2014 (6)
  • ►  2013 (19)
    • ►  December 2013 (1)
    • ►  July 2013 (1)
    • ►  June 2013 (6)
    • ►  May 2013 (1)
    • ►  April 2013 (5)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  January 2013 (3)
  • ►  2012 (29)
    • ►  September 2012 (1)
    • ►  August 2012 (6)
    • ►  July 2012 (13)
    • ►  March 2012 (3)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (5)
  • ►  2011 (37)
    • ►  December 2011 (11)
    • ►  October 2011 (2)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (2)
    • ►  June 2011 (4)
    • ►  May 2011 (6)
    • ►  April 2011 (3)
    • ►  March 2011 (3)
    • ►  February 2011 (2)
    • ►  January 2011 (3)
  • ►  2010 (190)
    • ►  December 2010 (3)
    • ►  November 2010 (1)
    • ►  October 2010 (8)
    • ►  September 2010 (4)
    • ►  August 2010 (11)
    • ►  July 2010 (12)
    • ►  June 2010 (22)
    • ►  May 2010 (51)
    • ►  April 2010 (21)
    • ►  March 2010 (19)
    • ►  February 2010 (23)
    • ►  January 2010 (15)
  • ►  2009 (96)
    • ►  December 2009 (7)
    • ►  November 2009 (12)
    • ►  October 2009 (12)
    • ►  September 2009 (7)
    • ►  August 2009 (18)
    • ►  July 2009 (14)
    • ►  June 2009 (20)
    • ►  May 2009 (2)
    • ►  April 2009 (2)
    • ►  March 2009 (2)

Popular Posts

  • Koleksi Terbaru SAFI Expert Solution Membantu Memudarkan Jeragat dalam 2 Minggu
    Assalamualaikum Semakin berusia, selain kedutan ada lagi satu masalah pada kulit wajah yang menghantui wanita terutamanya yang berumur 3...
  • Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Kembali Lagi Kali Ke-23
    Assalamualaikum MAGGI dengan Pertandingan Memasak sudah tidak asing lagi. Setiap tahun sekolah Marsha memang mengambil bahagian dalam Per...
  • Solekan Mudah Tanpa Cela Dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum
    Assalamualaikum Solekan dan wanita tak dapat dipisahkan. Tetapi tak semua wanita pandai aplikasikan solekan dengan sempurna. Maksudnya na...
  • Senyuman Terpamer Diwajah 160 Pelajar Sekolah Rendah di Negeri Perak Dengan Program #SunwayForGood Deepavali Cheer di Lost World of Tambun oleh Sunway Group
    Assalamualaikum Senyuman Terpamer Diwajah 160 Pelajar Sekolah Rendah di Negeri Perak Dengan Program #sunwayforgood Deepavali Cheer di Lo...
  • Selepas 7 Hari Rawatan Dermapen / Microneedle di Dr Medispa Wellness Berjaya Pudarkan Parut Jerawat
    Assalamualaikum Selepas 7 Hari Rawatan Dermapen / Microneedle di Dr Medispa Wellness Berjaya Pudarkan Parut Jerawat |  PARUT terhasil d...
  • 5 Produk Mata Yang Membantu Kurangkan Masalah Rabun & Silau Serta Memelihara Kesihatan Mata
    Assalamualaikum Mata adalah salah satu dari 5 deria penting anugerah dari ALLAH. Tiada galang ganti. Priceless tau. Jadi jika ada masal...
  • Realme XT Yang Pertama Di Malaysia Dengan 64MP Quad Camera Snapdragon
    Assalamualaikum Hai korang!! Sana sini tengah viral telefon pintar Realme yang baru ni, Korang nak tahu, Realme Malaysia hari ini secar...
  • Beautea by SAFI Pembersih Muka Baharu 100% Ekstrak Teh Premium
    Assalamualaikum Beautea by SAFI Pembersih Muka Baharu 100% Ekstrak Teh Premium | Korang perasan tak kat FB & IG Marsha ada share ...
  • Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Ipoh
    Assalamualaikum Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling membantu, murah hati dan saling percaya...
  • Pengalaman Melancong Ke Korea Bersama Keluarga
    Assalamualaikum Pengalaman Melancong Ke Korea Bersama Keluarga | Marsha mula memberanikan diri ke luar negara pada tahun 2013. Dah lama...

Followers

Nuffnang Ads

komen baru

Widget Komen Terkini Dengan Avatar

My Blog List

  • Jurnal Shikin Razali
    Giveaway Sii Nurul
    1 hour ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Hentikan pembinaan bangunan pencakar langit
    3 hours ago
  • Ana Suhana
    Resipi Double Chocolate Muffin Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu
    3 hours ago
  • Blog Rabia Adawiyah
    Tea o by Rabia
    4 hours ago
  • Nick Nashram
    Drama Korea The Uncanny Counter Full Episode 1 Hingga Episod 16 (Akhir)
    12 hours ago
  • Ciktie Dot Com
    Idea / Aktiviti Untuk Anak-anak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
    1 day ago
  • SURIA AMANDA
    Sambutan Birthday Mak Sebelum PKP
    2 days ago
  • Blog Wani Sukarno
    Drama Rahimah Tanpa Rahim Tonton Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) Slot Akasia TV3
    2 days ago
  • Blog Cik Ash
    Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim
    2 days ago
  • SHALIMAR YUSOF
    Kain Batik Murah Tapi Berkualiti Dan Cantik
    3 days ago
  • Behind the Scene
    Healthy Sweet Potato Cheese Cake Recipe
    6 days ago
  • SHAHADA FAUZI
    Terpikat dengan Serum Dr. Beau Sejak Guna Kali Pertama
    6 days ago
  • Nurzarini Ismail
    Resepi Biskut Florentine Senang dan Sedap
    1 week ago
  • Sheila Inspire
    Salam 2021 : SheilaInspire.Com
    1 week ago
  • Blog Lea Azleeya
    Nature Lab Merawat Masalah Kulit Wajah dan Rambut Gugur Dengan Berkesan
    1 week ago
  • Husniey Husain
    Berlayar Di Tasik Kenyir Dengan Razna Houseboat, Kemudahan Serba Lengkap!
    2 weeks ago
  • KAK WAWA - Health & Beauty Tips, Lifestyle, Food, Travel and Review
    Anda Fikir Anda Tak Perlukan Supplemen?
    2 weeks ago
  • Nurmujahidah
    Rawat Masalah Kulit Muka Dan Rambut Gugur Dengan Produk Halal Dari Nature Lab
    2 weeks ago
  • Marshalizadotcom
    Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif
    2 weeks ago
  • Blog Cik Renex
    Cara Aktifkan Vacation Mode di Shopee.
    2 weeks ago
  • Wawa Ashihara | Beauty & Lifestyle Blogger
    Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP | Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah
    3 weeks ago
  • Imperfectly Perfect
    Love Pizza? Get To Know The Different Crust Styles Of Pizza
    4 weeks ago
  • From View of My Eyes
    Cahaya Yang Berbalam
    1 month ago
  • Ira Mommy Si Kembar
    Resepi Kek Pisang Coklat Premium | Atie Jumaat
    1 month ago
  • AIRA
    PG Mall Promosi November KBBM & FRESH FOOD WEEK
    2 months ago
  • babyshambles.. ♥
    Redha Itu Indah
    2 months ago
  • MAT DRAT...
    Tempat Makan Best dan Sedap di Langkawi
    2 months ago
  • Husein Rider
    PakCik tua Bina Sendiri Surau Klasik tanpa Batu atau Simen
    3 months ago
  • TWENTYFOUR
    Mister Coffee Pilihan Kopi Terbaik Untuk Kopi Harian!
    4 months ago
  • Aisyhah Nyais
    Hati dan Perasaan? Alangkah beruntungnya..
    8 months ago
  • Amar Razali
    Menang contest blogger PSan!
    8 months ago
  • Soobeey
    TEKS PENUH PERUTUSAN KHAS COVID-19 OLEH PERDANA MENTERI TAN SRI DATO MUHYIDDIN YASIN
    10 months ago
  • Khairul Iskandar Tajuddin
    KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA
    1 year ago
  • DILPAROZA
    CARA PUTHKAN KULIT
    2 years ago
  • ABE JAQ
    Senang je tukar hak milik kereta
    2 years ago
  • www.keunggulanwanita.com
  • SISHAWA DOT COM

BITERS

#Biters

NEWSLETTER

#teamBPT


BITERs Family

  • Blog Sihatimerahjambu
    Sambal Tempe Ikan Bilis Campur Kentang dan Suhun
  • MRSLIEZ.COM
    Drama Takdir Yang Tertulis Online Episod 1 hingga Episod 15 (Akhir)
  • apekinah.com
    Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle Kini Boleh Didapati AEON Wellness
  • Norhana Rosmida
    Baby Sling Apa Paling Best Dan Selesa? 5 Sebab Kenapa Aku Pilih Baby Sling Mamamay!
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Giveaway Sii Nurul (24 Januari - 20 Februari 2021)
  • Ciktie Dot Com
    Idea / Aktiviti Untuk Anak-anak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • Kisahsidairy.com
    Ambil tahu 5 punca Migrain Sering Berlaku
  • MrsPip DotCom
    Cara Memohon Bantuan Kanak-Kanak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  • Azwar Syuhada
    Bantuan Komputer Riba & Internet PERCUMA Bagi Golongan B40
  • Bonde Zaidalifah
    Tonton Full Episod Drama Bidadari Salju
  • Ajumohit
    Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tahun 2020
  • SHALIMAR YUSOF
    Kain Batik Murah Tapi Berkualiti Dan Cantik
  • cikzacom
    Drama Takdir Yang Tertulis Episod 1 Hingga 15 ( AKHIR ) TV3 Slot Samarinda
  • Fiza Aizzawa
    Tepung Goreng Ayam Nazri betul-betul buat ayam goreng jadi crispy
  • Ardini Humaira
    DR.BEAU PURE NATURAL SKIN OIL SERUM, MINYAK SERBAGUNA YANG PATUT DIMILIKI
  • Lovely Sunshine
    Preparation for Weight Loss Journey Part Two
  • Sharing My Ceritera
    SKIN PS5 Jersey Bola
  • Yaya Azura
    Resepi Ikan Selayang Masak Asam Mudah Dan Sedap
  • Zazasters Da' Mama Monsta'
    SNUS - A SMOKELESS TOBACCO PRODUCT | IS SNUS BETTER THAN CIGARETTE?
  • MARINA BASHAH
    Makan Di D'Kayangan Steamboat Dan Grill Buffet, Tempat Makan Menarik Dan Murah Di Shah Alam
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • CXopportunities
    Pengalaman Dilanda Banjir Penghujung Tahun 2020 di Melaka
  • CXopportunities
    Pengalaman Dilanda Banjir Penghujung Tahun 2020 di Melaka
  • Diary Mama
    Grilled Butter Chicken Menu Paling Popular Kini Kembali Lagi Di The Chicken Rice Shop
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Masa Depan Perniagaan E-Dagang di Malaysia
  • SuperMOM With SuperKIDS
    Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
  • perrenial lifestyle
    Love Pizza? Get To Know The Different Crust Styles Of Pizza
  • Rina Zul
    Solat Taubat Bila Perlu Buat (Waktunya)? Ini Jawapannya
  • Usop Ahmad
    4 SEBAB GHOSTWRITER MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI PADA MASA KINI
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    Pullman Hotel Adelaide - Kuarantin Mandatori 14 Hari
  • Lifestyle Blog
    Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng
  • Syaza Redzuu | Lifestyle Blogger | Traveler
    6 Benefits by PG Mall to Support Local Sellers
  • Kak Nor
    Bengkel Fotography bersama Tuan Stefano Romano

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates