Keunikan Telefon Pintar Xiaomi Redmi Note 3

Keunikan Telefon Pintar Xiaomi Redmi Note 3

Assalamualaikum


Telefon pintar murah mesti tak bagus? Betul ke? Hari ni Marsha nak kongsikan tentang salah satu telefon pintar jenama Xiaomi yang kini berada di pasaran iaitu Xiaomi Redmi Note 3. Xiaomi Redmi Note 3 bukanlah model yang terbaru kerana ia telah dilancarkan oleh Xiaomi pada tahun 2015. Untuk kali ini, Marsha nak share keunikan Xiaomi Redmi Note 3 yang berbaloi dengan ringgit yang kita belanjakan untuk Redmi Note 3 ini walaupun harganya agak murah berbanding telefon pintar lain yang glamor.


Keunikan | Xiaomi Redmi Note 3


Seperti yang Marsha inform diawal entri tadi, Xiaomi Malaysia telah melancarkan Redmi Note 3 pada November 2015. Bermakna ianya bukanlah antara gadget yang terbaru dan ia dilancarkan dengan binaan berasaskan logam atau lebih dikenali sebagai metal dan fungsi pengimbas atau ‘scan’ cap jari yang pantas. Jadi jom kita tengok secara terperinci keunikan Xiaomi Redmi Note 3 ini.
Xiaomi Redmi Note 3


Binaan 


Redmi Note 3 ini dihasilkan dengan binaan logam yang elegan. Bila kita dengar logam, automatik kita fikir mesti berat kan? Tapi sangkaan semua itu salah. Redmi Note 3 ini adalah sangat ringan. Beratnya hanya 164 g sahaja. Ia juga sangat nipis iaitu 8.65mm. Walaubagaimanapun skrin masih tetap sama degang Redmi Note 2 iaitu 5.5 inci yang memberi keselesaan pengguna untuk paparan lebih jelas. Redmi Note 3 dihadirkan dengan binaan yang sangat ringan, nipis dan memudahkan untuk pengguna Redmi Note 3. Ia juga Nampak lebih elegan dan praktikal.


Teknologi


Redmi Note 3 juga dihasilkan dengan sistem pengimbas cap jari yang pantas. Kalau tak silap Marsha, Redmi Note 3 antara telefon pintar harga murah yang terawal mempunyai pengimbas cap jari dalam dunia gadget ini. Menarik tentang pengimbas cap jari ni, ia mempunyai system 0.3 saat ultra-fast unlocking untuk nyahkunci Redmi Note 3. Sangat menarik bukan? Dengan satu sentuhan, Redmi Note 3 dapat di nyahkunci sepantas 0.3 saat dan dapat memelihara kerahsiaan peribadi yang disimpan kemas didalam Redmi Note 3. 

Selain pengimbas cap jari, pada mulanya Redmi Note 3 mengekalkan fungsi yang lama dari Redmi Note 2 iaitu cip pemprosesan (Helio X10) yang merupakan pemprosesan flagship dari Mediatek pada tahun 2015. Tapi ianya dipasarkan di China dulu dan Xiaomi mendapati versi Mediatek tiada sokongan micro SD tambahan. Kemudian, Redmi Note 3 telah dinaiktaraf dengan versi Snapdragon 650 High CPU untuk pasaran antarabangsa dan Malaysia adalah salah satu negara yang telah menerima set versi Snapdragon ini. Bateri Redmi Note 3 juga besar iaitu 4050 mAh tetapi ia dibina untuk ‘fast charging’. Menarik kan? Biasanya jika bateri besar ni bila cas akan ambil masa tetapi dengan sistem ‘fast charging’ quickcharge 2.0, ia akan menjimatkan masa. Dikuasakan dengan 5V 2A hanya memerlukan setengah jam untuk mengecas 50% bateri. Sangat pantas. Berbeza dengan Redmi Note 2, bateri Redmi Note 3 adalah ‘built in’ iaitu tak boleh ditanggalkan. 

Redmi Note 3 juga menyokong semua rangkaian LTE dimana boleh mencapai 3000Mbps. Dengan teknologi 4G Dual Sim, ia menyokong untuk pengguna mengakses rangkaian 4G setiap slot sim. Dengan kemudahan dua sim kad ini pengguna boleh menggunakan dua nombor dalam satu telefon pintar. Tak perlu bawa 2-3 telefon pintar. Sangat sesuai untuk pengguna yang berbisnes.


Kamera & Video


Kamera yang dibina dalam Redmi Note 3 ialah lebih berkualiti dengan 16 MP kamera utama dan hanya memerlukan 0.1 saat untuk fokus kerana ia mempunyai teknologi Phase Detection Autofocus (PDAF) yang biasa ada pada kamera DSLR dan dipadankan dengan 5 MP kamera hadapan. Walaupun kamera hadapan hanya 5MP, namun ia mempunyai ciri unik ketika swafoto kerana ia mempunyai 16MP pengimbas cap jari swafoto untuk hasil swafoto yang cantik dengan cahaya yang cukup. Redmi Note 3 boleh merakam video pada resolusi 1080P HD penuh, boleh merakam video pergerakan perlahan dan juga ‘time lapse’. 

Bila dah baca entri Marsha ni baru tau yang Xiaomi Redmi Note 3 ni bukan calan-calang telefon pintar kerana ia mempunyai keunikan yang tersendiri. Ianya setanding dengan telefon pintar lain di pasaran dengan harga yang jauh lebih murah. Buat masa ini, saya sedang membandingkan perbezaan harga Xiaomi di Malaysia . Moga dapat harga yang paling murah!



Marsha 
Part Time Blogger 
Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

24 Comments

  1. Xiaomi memang terbaik.ada satu hp xiaomi.puas hati sgt

    ReplyDelete
  2. wau.. beli fone sekarang ni mesti nak chek kamera dulu..hihihi..lepastu baru tengok function yang lain pula..

    ReplyDelete
  3. Menarik ni, zumal pun tengah survey phone.

    ReplyDelete
  4. wah, best ni kalau dapat sebiji ni... tak pernah lagi guna jenama ni...

    ReplyDelete
  5. HP Xiaomi memang best..akak memang guna xiaomi redmi note 1, suka kamera yang result gambonya cantik

    ReplyDelete
  6. xiaomi antara yg semakin dinimati skrg ni. fungsi dia pun lebih kurang sama dengan telefon2 mahal yang lain. kamera dia pun best juga nampaknya tu.

    ReplyDelete
  7. wah menarik juga kamera ini ya! di zaman digital ini saya selalu mengambil berat tentang aspek kamera dan ketahanan bateri. senang untuk bawa travel. hihi

    ReplyDelete
  8. thanks sharing, ramai juga tengok orang guna phone ni, kat lazada selalu ada ofer kan?

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  9. Xiaomo pun ada keluar Note gak ingat Samsung jer sebab kita pengguna Note tegar Samsung hehehehe...

    ReplyDelete
  10. Masa I nak beli phone baru I, I pun ada consider Xiaomi ni jugak, tapi beli fon lain pulak. sekarang adalah nyesal sikit beli fon lain. Tengok specnya, bagus sangat

    ReplyDelete
  11. Banyak juga kelebihan yang ada kat handphone nie ya, baru Kak Sue tau..

    ReplyDelete
  12. rasa teruja pulak baca entri ni.. memang tengah mencari henfon kedua pun.. mungkin Xiaomi redmi note 3 jadi pilihan hehe

    ReplyDelete
  13. Oh inilah phone xiaomi yang suami saya asyik duk tengok tu. Berbaloi jugak lah spec dia dengan harga kan.

    ReplyDelete
  14. Sekarang kebanyakan telefon pintar memiliki spesifikasi yang semakin canggih dan menggugat iman Rawlins. Haha. Tapi hati Rawlins tetap pada iPhone. Haha.

    ReplyDelete
  15. Xiaomi ni diantara produk yang bagus dan murah. Kalau murah, lepas 2 tahun guna dah rosak. Kita tak terasa sangat rugi. Sebab jenama ni sering update dengan versi baru kan. Bleh beli baru pula. Ruby guna go pro xiaomi mereka. Tahan lasak!

    ReplyDelete
  16. Saya tengah pakai yg ni hehehe untuk telefon syarikat

    ReplyDelete
  17. Makin byk telefon pintar yg harga mampu milik...

    ReplyDelete
  18. adik i peminat tegar xiomie, i ada 2 powerbank dari xiaomie dulu berebut jugak lah hehehe

    ReplyDelete
  19. Wahhh...boleh masukkan dlm list servey..Tgh Cari HP yg better than b4..

    ReplyDelete
  20. Tak pernah guna telefon jenama ini.. tapi pernah tgk review ramai cakap design mereka nampak cantik2 dan up to date

    ReplyDelete
  21. Ramai yang pili jenama ni.. sebab rasanya tak overprice macam jenama terkenal yang lain

    ReplyDelete
  22. Bab kamera tu best sangat lagi2 auto focus 0.1 saat je... Sesuai untuk tangan ketaq macam auni..

    ReplyDelete
  23. Sis dari dulu sampai skrg memang guna jenama Samsung...tapi kalau ada yg nak hadiah Xiaomi...bleh le jugak tukar..hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us