Keunikan Telefon Pintar Xiaomi Redmi Note 3

Assalamualaikum


Telefon pintar murah mesti tak bagus? Betul ke? Hari ni Marsha nak kongsikan tentang salah satu telefon pintar jenama Xiaomi yang kini berada di pasaran iaitu Xiaomi Redmi Note 3. Xiaomi Redmi Note 3 bukanlah model yang terbaru kerana ia telah dilancarkan oleh Xiaomi pada tahun 2015. Untuk kali ini, Marsha nak share keunikan Xiaomi Redmi Note 3 yang berbaloi dengan ringgit yang kita belanjakan untuk Redmi Note 3 ini walaupun harganya agak murah berbanding telefon pintar lain yang glamor.


Keunikan | Xiaomi Redmi Note 3


Seperti yang Marsha inform diawal entri tadi, Xiaomi Malaysia telah melancarkan Redmi Note 3 pada November 2015. Bermakna ianya bukanlah antara gadget yang terbaru dan ia dilancarkan dengan binaan berasaskan logam atau lebih dikenali sebagai metal dan fungsi pengimbas atau ‘scan’ cap jari yang pantas. Jadi jom kita tengok secara terperinci keunikan Xiaomi Redmi Note 3 ini.
Xiaomi Redmi Note 3


Binaan 


Redmi Note 3 ini dihasilkan dengan binaan logam yang elegan. Bila kita dengar logam, automatik kita fikir mesti berat kan? Tapi sangkaan semua itu salah. Redmi Note 3 ini adalah sangat ringan. Beratnya hanya 164 g sahaja. Ia juga sangat nipis iaitu 8.65mm. Walaubagaimanapun skrin masih tetap sama degang Redmi Note 2 iaitu 5.5 inci yang memberi keselesaan pengguna untuk paparan lebih jelas. Redmi Note 3 dihadirkan dengan binaan yang sangat ringan, nipis dan memudahkan untuk pengguna Redmi Note 3. Ia juga Nampak lebih elegan dan praktikal.


Teknologi


Redmi Note 3 juga dihasilkan dengan sistem pengimbas cap jari yang pantas. Kalau tak silap Marsha, Redmi Note 3 antara telefon pintar harga murah yang terawal mempunyai pengimbas cap jari dalam dunia gadget ini. Menarik tentang pengimbas cap jari ni, ia mempunyai system 0.3 saat ultra-fast unlocking untuk nyahkunci Redmi Note 3. Sangat menarik bukan? Dengan satu sentuhan, Redmi Note 3 dapat di nyahkunci sepantas 0.3 saat dan dapat memelihara kerahsiaan peribadi yang disimpan kemas didalam Redmi Note 3. 

Selain pengimbas cap jari, pada mulanya Redmi Note 3 mengekalkan fungsi yang lama dari Redmi Note 2 iaitu cip pemprosesan (Helio X10) yang merupakan pemprosesan flagship dari Mediatek pada tahun 2015. Tapi ianya dipasarkan di China dulu dan Xiaomi mendapati versi Mediatek tiada sokongan micro SD tambahan. Kemudian, Redmi Note 3 telah dinaiktaraf dengan versi Snapdragon 650 High CPU untuk pasaran antarabangsa dan Malaysia adalah salah satu negara yang telah menerima set versi Snapdragon ini. Bateri Redmi Note 3 juga besar iaitu 4050 mAh tetapi ia dibina untuk ‘fast charging’. Menarik kan? Biasanya jika bateri besar ni bila cas akan ambil masa tetapi dengan sistem ‘fast charging’ quickcharge 2.0, ia akan menjimatkan masa. Dikuasakan dengan 5V 2A hanya memerlukan setengah jam untuk mengecas 50% bateri. Sangat pantas. Berbeza dengan Redmi Note 2, bateri Redmi Note 3 adalah ‘built in’ iaitu tak boleh ditanggalkan. 

Redmi Note 3 juga menyokong semua rangkaian LTE dimana boleh mencapai 3000Mbps. Dengan teknologi 4G Dual Sim, ia menyokong untuk pengguna mengakses rangkaian 4G setiap slot sim. Dengan kemudahan dua sim kad ini pengguna boleh menggunakan dua nombor dalam satu telefon pintar. Tak perlu bawa 2-3 telefon pintar. Sangat sesuai untuk pengguna yang berbisnes.


Kamera & Video


Kamera yang dibina dalam Redmi Note 3 ialah lebih berkualiti dengan 16 MP kamera utama dan hanya memerlukan 0.1 saat untuk fokus kerana ia mempunyai teknologi Phase Detection Autofocus (PDAF) yang biasa ada pada kamera DSLR dan dipadankan dengan 5 MP kamera hadapan. Walaupun kamera hadapan hanya 5MP, namun ia mempunyai ciri unik ketika swafoto kerana ia mempunyai 16MP pengimbas cap jari swafoto untuk hasil swafoto yang cantik dengan cahaya yang cukup. Redmi Note 3 boleh merakam video pada resolusi 1080P HD penuh, boleh merakam video pergerakan perlahan dan juga ‘time lapse’. 

Bila dah baca entri Marsha ni baru tau yang Xiaomi Redmi Note 3 ni bukan calan-calang telefon pintar kerana ia mempunyai keunikan yang tersendiri. Ianya setanding dengan telefon pintar lain di pasaran dengan harga yang jauh lebih murah. Buat masa ini, saya sedang membandingkan perbezaan harga Xiaomi di Malaysia . Moga dapat harga yang paling murah!



Marsha 
Part Time Blogger 
Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018