Assalamualaikum
Selepas 7 Hari Rawatan Dermapen / Microneedle di Dr Medispa Wellness Berjaya Pudarkan Parut Jerawat | PARUT terhasil dari pelbagai sebab sebenarnya. Salah satu sebabnya adalah dari JERAWAT. Ada pelbagai jenis parut jerawat tau. Parut hitam, parut berlubang kecil, parut jerawat jenis timbul macam keloid dan ada juga parut jerawat berlubang besar seperti kawah. Kesannya sangat ketara pada fizikal kita serta dalaman. Kita akan jadi tak yakin, rasa diri tak cantik dan banyak lagi. Parut jerawat memang mencacatkan wajah tak kira perempuan atau lelaki. Marsha zaman sekolah adalah antara seorang yang kulit bermasalah jerawat pasir. Tangan pula tak nak duduk diam asyik kutil je terus jadi parut. Macam-macam jenis parut ada tau kat muka ni. Bila kulit wajah ada parut jerawat memang rasa malu nak keluar. Bila tengok page Dr Medispa ada rawatan Dermapen atau nama lain Microneedling dan juga lihat beberapa testimonial yang berjaya buat Marsha teruja nak mencuba. Apa lagi terus buat booking....hihi
Mencegah dan merawat PARUT melalui rawatan Dermapen/ Microneedling
Rawatan Dermapen / Microneedling ni dah tak asing lagi dalam usaha membantu untuk mencegah dan merawat PARUT degil terutamanya parut jerawat. Kalau korang nak tahu, rawatan ini sudah lama berada dipasaran. Selain untuk mencegah dan merawat parut, ia juga sesuai membantu kulit kusam yang memerlukan eksfoliasi lapisan epidermis paling luar. Memang kalau yang mempunyai masalah jerawat dan parut jerawat siap pakej kulit kusam. Kebanyakannya memang itu masalahnya.
Berlokasi di Jalan Reko, Kajang, Marsha kesana ditemani encik suami dan anak-anak. Dari Ipoh kan gigih tau demi untuk kulit lebih sihat. Kedatangan kami disambut mesra oleh beautician Dr Medispa Wellnes iaitu Azwa & Kak Sally. Kak Sally Marsha pernah sekali jumpa sebelum ni sebab pernah dapatkan treatment urutan ibu mengandung. Kalau korang nak baca pengalaman Marsha untuk urutan ibu mengandung boleh baca Pregnancy Massage di Dr Medispa Wellness . Seperti juga pusat rawatan kecantikan yang lain, prosedur pertama ialah mengisi borang detail maklumat. Disebabkan Marsha dah ada rekod sebelum ini jadi Marsha tak perlu isi lagi dah. Untuk rawatan Dermapen / Microneedling ni Marsha akan diletakkan bawah tanggungjawab Azwa. Azwa sangat sporting dan banyak maklumat yang Azwa share tentang rawatan ni.
Menurut Azwa lagi, Parut ada bermacam jenis parut kawah (terminologi) yang biasa digunakan. Parut dan teknik amat berbeza bergantung kepada jenis2 parut tersebut. Antara parut paling biasa mereka jumpa adalah mix type (kombinasi antara Box Scar, Rolling Scar & Ice Pick Scars). Banyak juga term tentang jerawat ni kan.
Azwa juga mengingatkan Marsha bahawa kulit adalah bahagian tubuh yang paling sensitif dan mudah dijangkiti bakteria oleh setiap individu. Oleh itu, pilihlah tempat dan nasihat dari yang pakar sekiranya membuat rawatan dermapen kerana adalah mustahak dan penting bagi mengelakkan isu kesihatan dan kebersihan yang tidak diingini. Selain tu, pilih lah tempat yg berpengalaman dan dipercayai kerana Dr Medispa Wellness telah ada lebih 3000 sesi dermapen. Wah memang tak salah pilih tempat untuk Marsha buat rawatan Dermapen disini.
Kelebihan Rawatan Dermapen & Oxy Vit-C Spray
Mesti ramai nak tahu kan kenapa Marsha memilih rawatan Dermapen ni untuk menghilang dan mencegah parut jerawat sedangkan ada rawatan lain yang mempunyai tujuan yang sama. Macam Marsha cakap di awal entri yang Marsha tak pernah cuba lagi rawatan ini jadi ia menguatkan hati Marsha untuk mencuba dan lagi satu tentulah kelebihan rawatan Dermapen ni. Untuk rawatan ini, Marsha juga diberikan OXY Vit-C Spray di akhir rawatan tau. Sejuk je rasa...hihi.
Korang nak tahu tak kelebihan rawatan Dermapen dan Oxy Vit-C Spay ni? Jom kita tengok kelebihan Dermapen & Oxy Vit-C Spray 👇
- Menghilangkan parut jerawat dan segala jenis parut dengan cepat dan berkesan (seawal rawatan pertama dah boleh nampak perubahan)
- Menghilangkan parut berlubang, jeragat dan kedutan
- Menghasilkan sel kulit baru yg lebih lembut & menghaluskan liang roma kasar/ terbuka
- Memperbaiki tekstur kulit dan tona kulit tak sekata
- Menghasilkan kolagen kulit, membuang sel-sel kulit mati & mencerahkan kulit
- Vitamin C sangat bagus untuk kulit wajah di mana ia membaik pulih wajah dari penuaan, memelihara kulit wajah, mencerahkan kulit dan memudarkan parut jerawat dan jeragat.
Selepas Azwa memberikan serba sedikit penerangan tentang rawatan Dermapen ni. Sesi rawatan bermula. Masuk je ke bilik rawatan memang terpukau bila tengok bilik rawatan yang menenangkan ala-ala spa gitchuuu!! Memang tak sabar nak buat rawatan
Macam rawatan kecantikan yang lain, muka dibersihkan dulu dengan pencuci muka kemudian diwapkan. Sementara diwapkan, Azwa menjalankan proses membuang bintik putih dan hitam. Dalam proses ni Azwa gunakan dua kaedah iaitu dengan alat sedut dan juga alat yang menekan. Korang boleh tengok video nanti. Jadi kalau rasa sakit korang bagitau je beautician yang assist korang nanti dorang akan buatkan sampai kita tak rasa sakit pun.
Selepas bintik dikeluarkan, wajah Marsha disapu dengan NUMB CREAM bertujuan untuk buat kulit rasa kebas. Jadi bila rawatan Dermapen bermula, ianya akan jadi smooth je. Kemudian kulit wajah direhatkan sekejap menantikan numb cream bertindak. Kalau nak tau rasa kebas tu kita boleh rasa tepi bibir kita macam bibir Angelina Jolie tu...hihi.
Selang 20 minit memakai numb cream dan kulit wajah rasa kebas, rawatan microneedling atau Dermapen bermula. Untuk rawatan ni, satu alat digunakan yang 0.5 cm hingga 2.0 cm saiznya. Jadi rawatan ini akan dilakukan mengikut kadar ketahanan kita. Tetapi pada dahi dan juga hidung hanya saiz 0.5 cm digunakan sebab kat sini kita ada tulang hidup orang kata.
Setelah selesai, kulit wajah Marsha diwapkan sejuk untuk menghilangkan rasa pedih bila numb cream dah hilang nanti. Actually kulit Marsha memang nampak kemerahan tau lepas buat rawatan Dermapen ni. Tapi korang jangan takut. Sebenarnya tak sakit pun...hihi.
Setelah diwapkan sejuk, kulit Marsha di sembur dengan OXY Vit-C Spray untuk vitamin kulit. Masa ni kulit akan menyerap terus vitamin C masuk ke dalam liang roma. Masa semburan OVY Vt C-Spray ni best sangat sebab rasa sejukkkkk je...hihi
Akhir sekali rawatan, kulit wajah Marsha direhatkan dibawah LED Mask. Bukan saje-saje tau kulit wajah direhatkan bawah LED Mask ni. Ia sebenarnya untuk menganjalkan lagi kulit kita.
Wah rupanya banyak yang dapat jika buat rawatan Dermapen ni. Alhamdulillah sesi rawatan akhirnya berjaya dihabiskan. Selama 2 jam 30 minit. Meh la layan video Marsha dibawah untuk tengok sepanjang sesi rawatan 👇
Selepas sahaja selesai rawatan Dermapen ni, Marsha perlu memakai mask atau topeng muka untuk mengelakkan cahaya matahari direct terkena kulit. Kena jaga selama seminggu supaya kulit dirawat dengan baik. Lepas rawatan, cara-cara untuk menjaga kulit muka akan diberi oleh beautician dan korang follow je cara-cara tersebut insyaALLAH ok.
Selepas Azwa memberikan serba sedikit penerangan tentang rawatan Dermapen ni. Sesi rawatan bermula. Masuk je ke bilik rawatan memang terpukau bila tengok bilik rawatan yang menenangkan ala-ala spa gitchuuu!! Memang tak sabar nak buat rawatan
Setelah diwapkan sejuk, kulit Marsha di sembur dengan OXY Vit-C Spray untuk vitamin kulit. Masa ni kulit akan menyerap terus vitamin C masuk ke dalam liang roma. Masa semburan OVY Vt C-Spray ni best sangat sebab rasa sejukkkkk je...hihi
Akhir sekali rawatan, kulit wajah Marsha direhatkan dibawah LED Mask. Bukan saje-saje tau kulit wajah direhatkan bawah LED Mask ni. Ia sebenarnya untuk menganjalkan lagi kulit kita.
Rawatan Perlu Berapa Kali?
Ini mestinya soalan wajib korang kan? Jadi Marsha nak bagitau terus. Sebenarnya rawatan Dermapen perlu lebih daripada satu sesi sekiranya kulit mempunyai parut yg extreme, tapi jika kulit tiada masalah boleh dilakukan 2 bulan sekali bg menghilangkan wrinkles dan kedutan halus. Haa....rawatan Dermapen ni bukan sahaja untuk mencegah & merawat parut jerawat je tau malah kedutan halus pun boleh dihilangkan. Patutlah kulit wajah Marsha nampak lebih muda...hihi
Kesan Ketara selama 7 Hari
Marsha sangat berpuas hati dengan kesan rawatan Dermapen ini sebab ianya sangat ketara perubahan dalam masa 7 hari sahaja. Korang boleh tengok perubahan Marsha 👇
Perubahan dari Day 1, Day 3 dan Day 7 |
Masa hari kedua hingga kelima tu akan ada pengelupasan pada kulit tetapi sebenarnya tak ketara pun. Cuma akan rasa gatal-gatal merenyam. Tapi jangan garu tau sebab takut menjadi parut.
Lepas ni Marsha nak pergi repeat lagi rawatan Dermapen ni sebagai rawatan susulan. Nak kulit cantik memang rawatan kena lebih dari sekali kan dan continuosly.
Harga Rawatan Dermapen
Harga rawatan Dermapen ni ialah RM280 untuk satu sesi. Bagi Marsha agak berpatutan sebab Marsha pernah buat rawatan untuk parut dengan harga yang lebih tinggi. Korang boleh juga refer page DR MEDISPA WELLNESS di sosial media juga
Rawatan di Dr Medispa Wellness
Berminat nak buat rawatan Dermapen atau nak tengok rawatan lain yang ada? Haa...Dr Medispa Wellness ni ada banyak rawatan yang ditawarkan. Bukan Dermapen sahaja. Jadi korang boleh tekan link 👇 untuk melihat pelbagai menu rawatan di DR MEDISPA & WELLNESS
atau
Tekan sini untuk buat temujanji di DR MEDISPA & WELLNESS 👇
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
11 Comments
oo..buat rawatan kat sini..ptt tgk kat fb ritu, eh cantik nampak kulit marsha..agak obvious juga perbezaan dia...
ReplyDeletedfsdf
ReplyDeleteada dalam list nak p check kulit.. macam kusam ja kalo x mekap. sendiri tngk takot..
ReplyDeletetapiii hahaha tula ongkos ongkos !!
Paling suka after effect dermapen sebab kulit rasa lebih lembut & merah2 ala2 pakai blusher 😊
ReplyDeleteAssalamualaikum normal ke selps rwtn dermapen hri ke 7 naik ruam kecil2 ye
ReplyDeleteHari ke 7 sy kulit dah elok xde ruam atau kulit gelupas dah
DeleteNaik ruam kecil sb kulit kering masa downtime atau sebab sblm bt dermapen takde buang whitehead pun menyebabkan jerawat halus tumbuh. Takpe kejap ke hilang
DeleteAssalamualaikum normal ke selps rwtn dermapen hri ke 7 naik ruam kecil2 ye
ReplyDeleteLama x naik ruam kecil tu?
DeleteTerimakasih marsha berkongsi rawatan dermapen.. saya memang tgh mencari rawatan ni... Harga pun berbaloi ya
ReplyDeletesama-sama...harga pun ok
DeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)