Best Guna Aplikasi Muslim Pro. Senang Nak Khatam Al-Quran Di mana Sahaja Dengan Fitur Khatam Terbaru

Best Guna Aplikasi Muslim Pro. Senang Nak Khatam Al-Quran Di mana Sahaja Dengan Fitur Khatam Terbaru | Assalamualaikum. Dah menjadi kebiasaan, penggunaan aplikasi dalam telefon pintar untuk beribadah terutamanya untuk mengetahui waktu solat, azan dan membaca Al-Quran menjadi pilihan pengguna muslim pada zaman digital ini. Ianya lebih memudahkan sebab kita boleh tahu waktu solat Malaysia di mana sahaja kita berada walaupun tidak mendengar azan dari masjid malah kita dapat membaca Al-Quran dimana sahaja tanpa membawa Al-Quran fizikal.

Marsha juga menggunakan peluang ini untuk mengetahui waktu solat Malaysia serta apps Al Quran yang diluluskan jakim melalui aplikasi Muslim Pro supaya Marsha masih boleh beribadah dengan mudah hanya menggunakan telefon pintar seperti membaca Al-Quran dan boleh bersedia untuk solat awal waktu juga bila aplikasi mendengarkan azan. Ianya sangat berguna jika kita dalam mode travel dan tidak berada dirumah.

Aplikasi Terkenal di Dunia, Muslim Pro dengan Jumlah Hampir 100 Juta Pengguna Telah Memperkenalkan Fitur Terbaru Sempena Ramadhan 1442 Hijrah Lepas

Marsha memilih Muslim Pro sebagai aplikasi untuk mengetahui waktu solat Malaysia serta apps Al Quran yang diluluskan jakim dan  mula memuat turun aplikasi Muslim Pro ni pada bulan Ramadhan lepas bila mengetahui dalam satu aplikasi ada pelbagai fitur yang disediakan termasuklah fitur khatam Al-Quran. Banyak lagi fitur yang ada dalam aplikasi Muslim Pro dan korang boleh baca dekat post Marsha sebelum ni di SINI.

Memang berbaloi hanya dengan satu aplikasi dalam telefon bimbit kita boleh manafaatkan semua dan juga menjimatkan storage telefon Marsha juga. Tak perlu nak install beberapa aplikasi yang berbeza. Less is more..betul tak? Marsha mula memuatturun aplikasi Muslim Pro ini bila ia memperkenalkan fitur khatam dan juga kempen untuk membantu anak-anak yatim jika berjaya khatam.

Fitur Terbaru Aplikasi Muslim Pro

Sebenarnya aplikasi Muslim Pro telah ditambahbaik dengan memperkenalkan fitur-fitur terbaru mulai Mac 2021 lepas dimana pengguna boleh memaksimakan amalan harian dengan satu aplikasi sahaja. Muslim Pro menambahbaik aplikasi berdasarkan permintaan dari pengguna supaya pengguna lebih mudah membuat amal ibadah dan juga mengalami gaya hidup dan sosial sebagai seorang muslim yang lengkap di seluruh negara, antaranya ialah Fitur Khatam.




Fitur Khatam


Pengguna Muslim Pro dapat menggunakan fitur baru bermula Ramadan lepas  iaitu, Fitur Khatam, yang mana ianya akan memudahkan kita membaca dan juga khatam Al-Quran secara individu mahupun secara kumpulan untuk menyelesaikan bacaan Al-Quran melalui aplikasi tersebut. Fitur Khatam ini telah diperkenalkan bulan Ramadhan yang lepas dan Marsha juga telah menggunakan fitur Khatam ini untuk khatam bacaan Al-Quran berkumpulan bersama keluarga dan juga kawan-kawan. Jadi bacaan AL-Quran tidak terhad dengan Al-Quran fizikal malah boleh dibuat melalui aplikasi Muslim Pro.

Menurut Nik Emir Din, Ketua Muslim Pro Malaysia. “Kita akan menjalani Ramadan tahun ini pada musim pandemik yang mana rakyat Malaysia masih tidak dibenarkan untuk merentas negeri oleh kerana sekatan pergerakan yang masih berkuat kuasa sehingga kini, oleh itu,kami berharap, fitur Khatam yang terbaru ini dapat menyatukan dan memberikan 2 kemudahan kepada para pengguna untuk membaca Al-Quran bersama-sama keluarga dan rakan-rakan walapun jarak membatasi mereka”.

#UnitedinKhatam: Fitur Khatam Quran Muslim Pro 


Membaca Al-Quran di rumah juga tidak perlu lagi menjadi acara perseorangan sahaja kerana melalui aplikasi ini, pengguna juga dapat membina komuniti untuk membaca bersama setiap hari. Ciri baru itu membolehkan mereka membuat kumpulan khatam dan sebagai satu kumpulan, mereka dapat memberikan bahagian-bahagian al-Quran kepada anggota untuk dibaca, dan juga mendorong anggota untuk menyelesaikan bacaan yang diberikan. Lencana Khatam akan diberikan kepada pengguna yang menyelesaikan pembacaannya, mereka boleh kongsi pencapaian mereka di media sosial untuk mendorong orang lain untuk khatam Quran. Muslim Pro mensasarkan untuk mencapai 10,000 khatam sepanjang bulan Ramadan lepas. 

#GiftofKhatam: Sedekah untuk pendidikan kanak-kanak 


Pada Ramadhan yang lepas, Muslim Pro mencipta khatam quran dengan tujuan: menjadikan niat yang baik kepada amalan yang baik. Fitur khatam ini akan membolehkan pengguna untuk turut serta bersedekah apabila mereka khatam dengan menggunakan aplikasi Muslim Pro. 

Ramadan lepas, Muslim Pro telah menjalanakan kempen dan berikar untuk menaja pendidikan kanak-kanak di pelbagai negara agar program khatam quran inidapat memberi impak yang positif dan berpanjangan kepada komuniti. Encik Nik juga berkata: “Usaha ini akan membolehkan Muslim Pro dan para pengguna untuk menyumbang dari segi pendidikan kepada masyarakat-ianya adalah untuk pendidikan biasa atau ke kelas membaca Al-Quran. " Badan amal yang bakal menerima sumbangan akan diumumkan akhir bulan ini. Muat turun aplikasi Muslim Pro di https://go.muslimpro.com/prkhatam. Muslim Pro mempunyai lebih daripada 100juta muat turun daripada lebih 200 negara dan penggunanya merangkumi seluruh peringkat umur. 


Fitur Khatam Mudahkan Marsha Khatam Al-Quran Bersama Keluarga Di Kampung

Kerinduan terhadap keluarga di kampung memang makin mendalam. Alhamdulillah, Marsha dapat juga lepaskan rindu Marsha dekat keluarga di kampung dengan khatam Al-Quran bersama-sama dalam kumpulan yang Marsha buat di aplikasi Muslim Pro melalui fitur khatam.




Seperti yang Marsha nyatakan sebelum ni , fitur khatam ni kita boleh khatam Al-Quran secara individu atau berkumpulan. Jadi nak memeriahkan dan juga menghilangkan kerinduan Marsha buat keluarga di kampung, Marsha buat khatam Al-Quran secara berkumpulan. Marsha juga dah jadikan khatam Al-Quran ni sebagai aktiviti wajib sekeluarga. Lagi seronok!




Bagi Marsha, fitur khatam yang ada dalam aplikasi Muslim Pro ni sangat-sangat memudahkan Marsha khatam Al-Quran bila-bila masa dan dimana sahaja samada secara individu atau berkumpulan. Tak perlu tunggu guna Al-Quran fizikal baru nak baca Al-Quran. Lagipun ia boleh jejak dimana kita stop supaya senang kita nak mula bacaan. Memang sangat mudah. Tak perlu risau nak kemana-mana sebab dengan adanya aplikasi Muslim Pro dalam telefon kita tidak ada masalah untuk kita beribadah dengan tenang.

Dulu Marsha ada beberapa aplikasi yang berasingan untuk tahu waktu solat Malaysia dan juga baca Al-Quran. Tapi kini Marsha dah ada aplikasi yang mudah, berbaloi dan semua dalam satu!

Download Aplikasi Muslim Pro Sekarang!

Apa tunggu lagi, jom muat turun aplikasi Muslim Pro tanpa bayaran. Aplikasi Muslim Pro ini  boleh dimuat turun oleh pengguna IOS,  di Apple App Store (iOS), pengguna android di Google Play Store (Android) dan KaiOS. Marsha guna IOS,untuk pengguna IOS hanya buat beberapa langkah ringkas seperti

1. Buka App Store ( IOS)
2. Search ' Muslim Pro' - akan keluar ikon aplikasi Muslim Pro dengan gambar masjid berwarna hijau.
3. Muat turun
4. Ikut arahan yang disediakan dan siap!





Untuk pengguna Google Play Store ( Android ) dan KaiOS pula boleh muat turun melalui apps store masing-masing dan  mengikut arahan. 

Semoga perkongsian Marsha dapat membantu kawan-kawan semua! Sehingga jumpa lagi di perkongsian seterusnya!

#MuslimProGivesBack #MuslimProRamadan #UnitedinKhatam #GiftinKhatam

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

16 Comments

  1. dalam hp ni wajib ada.. tak pernah padam.. dari pemberitahuan masa solat.. mengaji sangat membantu..

    ReplyDelete
  2. Kite pun guna app ni mar.. bagus sgt.. Nak beribadat pun mudah bila ada app camni..

    ReplyDelete
  3. Sebelum ni saya pakai apps ni juga tp now saya dah guna QAlby by miss nina. Saya tukar sebab ada isu pasal us beli data this app. So ramai yng suruh delete coz worry all the data diorg salah gunakan. bwh ni tajuknyer...tapi kalau sis yakin terpulang...
    Amerika Syarikat dilaporkan beli data aplikasi Muslim Prohttps://www.hmetro.com.my › 2020/11
    Translate this page
    17 Nov 2020 — Download the Harian Metro mobile app. ... Amerika Syarikat dilaporkan beli data aplikasi Muslim Pro ... Aplikasi Muslim Pro adalah aplikasi peringatan waktu solat berserta dengan penunjuk arah kiblat dari Kota Makkah.

    ReplyDelete
  4. Mudah semuanya sekarang semua ada d hjg jari

    ReplyDelete
  5. Ramai yang gun appas ni kan sebab mudah dan banyak fungsi yang diperlukan oleh seorang muslim pada zaman yang serba bizi. Bukan nak bergantung pada teknologi tapi teknologi dicipta untuk memudahkan. Semoga kita semua sentiasa tal alpa dalam beribadah walaupun hanya sekecil-kecil perbuatan.

    ReplyDelete
  6. Rawlins guna untuk mengingatkan masuknya waktu dan juga bacaan harian. InsyaAllah bila dah boleh melancong (bila la agaknya kan), senang nak la tentukan arah kiblat dan masuk waktu

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah semoga terus menggunakan apps Muslim Pro dan khatam Quran tau. Ruby dah guna lama Muslim Pro. Memang sangat membantu.

    ReplyDelete
  8. Bestnya. Siap boleh baca secara berkumpulan ke... memang boleh baca ngan semua ahli keluargakan . Seronoknya. Fafa nak download jap lagi

    ReplyDelete
  9. Ana pun guna Muslim Pro ni untuk mengaji. Dari situ boleh nampak progress bacaan kita. Fitur yang lain pun best2 juga.

    ReplyDelete
  10. Bagus apps ni. Memudahkan kita utk nak bc Al Quran di mana sahaja

    ReplyDelete
  11. Nampak ramai kawan2 guna aplikasi ini memang bagus sampai ada yg pandai belajar mengaji dengan apps ni hurmm memang setiap org Islam kena ada apps ni dalam phone jangan nak sosial media jer kan hehehe cakap tuk diri sendiri juga...

    ReplyDelete
  12. Banyak baca reviews about this app.. memudahkan urusan bila ada apps ni kan.. good one bah.. boleh recommend ni kat my friends.. sure they gonna like it..

    ReplyDelete
  13. Memang sangat beri panduan lengkap buat semua orang kalau nak dapatkan info.. Sis sendiri pun guna, kadang pergi memana guna gak apps cari mesjid/surau, mudah kannn..

    ReplyDelete
  14. Cool ! at least zaman skarang semua dipermudahkan dan tak perlu susah2 lagi.Semua boleh cek melalui Apps. Thanks to the technology.

    ReplyDelete
  15. This article gives the light in which we can observe the reality. This is very nice one and gives indepth information. Thanks for this nice article.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us