Bufet Iftar Ramadhan Travelodge Ipoh

Bufet Iftar Ramadhan Travelodge Ipoh | Assalamualaikum. Alhamdulillah meriah kan tahun ni bila hotel-hotel mula menganjurkan bufet Ramadhan. Jika sebelum ni Marsha dah pernah menginap di Travelodge Ipoh, kali ni Marsha nak kongsikan bufet Ramadhan Travelodge Ipoh iaitu Iftar Ramadhan Travelodge Ipoh.



Iftar Ramadhan Travelodge Ipoh

Sebenarnya masakan di restoren The Lodge, Travelodge Ipoh ni adalah antara favorite Marsha sekeluarga. Ingat lagi menu steamboat yang Marsha pernah cuba dan terus jatuh cinta. Steamboat dorang sangat unik dan kalau nak tahu jarang hotel buat steamboat tau. Sampaikan kawan-kawan satu sekolah pun beramai-ramai makan steamboat dan semua puji sedap. Marsha juga pernah berbuka puasa di The Lodge, Travelodge Ipoh tahun lepas dan menu semua sedap dan tak menghampakan. Jadi tahun ni tentulah repeat kan...hihi.

Lebih 100 menu yang disediakan dari menu utama, pembuka selera, pemanis mulut dan juga menu sampingan. Banyak kan? Betul. Rambang mata nak cuba yang mana sedangkan mulut dan perut hanya 1...hihi. Tema yang dipilih oleh Travelodge Hotel tahun ni ialah masakan kampung jadi boleh la kita mengubat hati dengan masakan kampung di Travelodge Hotel sebelum balik beraya di kampung nanti.




Memang banyak betul menu sampaikan rambang mata memilih. Dah la tengah puasa kan. Jom Marsha kongsikan beberapa menu yang best dekat The Lodge Travelodge Ipoh ni.



















Kalau korang nak tahu, Travelodge Ipoh telah mendapat sijil HALAL dan korang tak perlu risau nak berbuka kat sini ok!

Surau Disediakan & Kawasan Berbuka Yang Luas

Ini bab yang Marsha paling concern sebab bila dah berbuka waktu maghrib singkat. Jadi berbuka di Travelodge Ipoh ni tak perlu risau sebab Travelodge Ipoh sendiri telah menyediakan surau untuk solat. Besar juga ruang solat dan juga selesa. Jadi lepas solat maghrib boleh sambung makan lagi....hihi






Bab tempat makan pula sangat selesa sebab walaupun ramai masih ada penjarakan dan semasa berbuka tempat kita tak dekat dengan orang lain. Travelodge sangat menitikberatkan tentang penjarakan sosial ini.




Harga Bufet Iftar Ramadhan Travelodge Ipoh

Harga Bufet Iftar Ramadhan sangat-sangat berbaloi dengan 100 menu disajikan dan sedap-sedap belaka. Serius sangat-sangat berbaloi.




Menginap di Travelodge Ipoh Dapat Bufet Iftar Ramadhan PERCUMA!

Buat yang nak jalan-jalan ke Ipoh boleh la menginap dekat Travelodge Ipoh sebab Travelodge Ipoh sedang buat promosi bilik 'Stay & Dine with Us'. Menginap dan dapat PERCUMA Bufet Iftar Ramadhan. Memang berbaloi. Orang Ipoh pun boleh tukar angin menginap di Travelodge Ipoh ni...hihi. Sah bermula 4 April 2022 hingga 30 April 2022 ok!




Maklumat lanjut:


Travelodge Ipoh
Alamat: 
Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak, Malaysia

No Telefon : 
05-242 8888

Website : 




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us